:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Friday, February 13, 2009

SeGagah Kaki Melangkah..


Semakin lama ahli makin terhimpit. Ramai yang tertekan oleh akademik, beban tugas, kerja dakwah, masalah keluarga dan kewangan dan macam-macam lagi. Maka mula timbul spekulasi. Mula muncul keluhan. Mula terbit kata-kata yang tidak enak didengar.

"Aku berjuang sendirian!"

"Kebajikan aku tak dijaga!"

"Semua kerja aku yang buat!"

Yang punya tempat meluah berkongsi rasa dan dimotivasikan semula. Yang tidak suka bercerita senyap-senyap membiarkan masalah memakan diri. Atau ada juga yang memilih untuk menghambur dan meletup secara terbuka. Persepsi yang pelbagai timbul kerana banyak punca. Tetapi mudahnya izinkan kita berkongsi suatu analogi. Tentu semua pernah mendengar kisah Raja yang mengadakan pertandingan menyeberang sungai penuh buaya untuk mencari pengganti takhtanya. Kalau belum, baca di sini [link]. Analogi ini merupakan susulan kepada kisah tersebut;

Kita bermula dengan semua berdiri seiring di tepi sungai. Kemudian seorang demi seorang melangkah ke dalam sungai. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah. Makin terbeban makin laju melangkah. Tidak lama kemudian, ada yang sudah berada di tengah sungai. Ada yang masih di siring-siring. Ada yang sudah masuk takat pinggang. Dan ada yang hampir lemas. Maka atas dasar kebersamaan dan persahabatan , yang sudah hampir lemas memanggil yang masih di siring.

"Langkah untuk aku!"

Yang di siring melangkah. Sampai akhirnya semua sudah berada di tengah sungai. Tetapi masih ada yang perlu melangkah. Sehingga hampir lemas.

"Bantu dia!"

Kawan yang prihatin menjerit. Lalu kawan lain memilih untuk mengambil langkah. Kini semua hampir lemas. Tiada lagi yang di siring. Semua di tengah. Semua kalau mengambil lagi satu langkah akan lemas, hanyut, mati. Apa nak buat? Pandang-pandang, rupanya masih ramai lagi orang yang berada di siring sungai. Biarpun tidak punya fikrah dan thaqafah yang hebat tetapi orang-orang ini mampu bekerja. Walaupun tidak berada dalam organisasi tetapi orang-orang ini mampu bekerja. Walaupun agenda perjuangan orang-orang ini sedikit berbeza orang-orang ini mampu bekerja. Maka gamit mereka supaya mula melangkah.

Mungkin sukar memahami analogi ini, khususnya bagi mereka yang tidak pernah melalui praktikalnya. Jika berminat kita boleh mengadakan praktikal. Tetapi analogi ini sasarannya untuk mereka yang telah melalui praktikal. Kerana yang hampir lemas adalah golongan ini. Untuk mereka, ambil beberapa pengajaran dari analogi ini,

Belajar untuk berkata tidak sebelum lemas. Dan jangan berkata tidak selagi masih mampu melangkah. Elakkan meminta orang lain melangkah bila diri sendiri masih mampu melangkah. Bukan anda seorang yang berada di tengah sungai. Jangan rasakan anda seorang sahaja yang hampir lemas sedangkan orang lain seronok bersantai di tepi sungai. Jangan abaikan orang yang masih berada di tepi sungai walaupun mereka bukan dari ahli organisasi. Gembleng tenaga mereka sepenuhnya. Berebutlah untuk lemas kerana pemergianmu itu tidak akan sia-sia.

Wallahua'lam.

8 comments:

durrotul_islam said...

hmmmm...mcm familiar jak analogi nie..

nurilhakim said...

Salam..sape permata yg dicari ni ek?Xle buka pun page..

nurilhakim said...
This comment has been removed by the author.
nurilhakim said...
This comment has been removed by the author.
nurilhakim said...
This comment has been removed by the author.
nurilhakim said...

Op..sory..smpi 4 kali pla post comment tu

Anonymous said...

syukran... analogi yg xkan dilupa sampai bila2... bilamana kita hanya berada di luar gelanggang, kita tidak tahu sejauh mana kemampuan kita tuk mengikut rentak permainan... tapi bilamana kita dah merasai permainan pertama, semangat untuk meneruskan permainan semakin berkobar dan ingin berjaya...

nurilhakim said...

Salam ziarah..
em, pengalaman itu tarbiyyah berbentuk praktikal yg berterusan. Bila lumpuh dgn pengalaman pertama maka setakat itulah terhenti pentarbiyyahan amali. Tapi bila terus menggagahi, pengalaman itu yg membentuk peribadi dan jatidiri,insyaAllah.

Pengajaran : Jangan lumpuh!

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan