Tetamu Kehormat :
Sunday, September 7, 2008
Duka Mesti Diiring Suka..
Malam itu seperti malam-malam yang sebelumnya. Rasa letih dan hampir putus asa mengelambui diri. Letih mendamba kasih dan mengaharap pada sebaik-bauk kejadian. Biasanya kalau dalam keadaan begini ku berbasmalah dan menyelak Al-Quran. Pasti dan pasti pada bukaan kali pertama atau kedua aku akan terserempak dengan ayat-ayat cinta dari Ilahi. Tepat dan menusuk. Dalam dan menyentap.Tetapi kali ini kaedah tersebut kurang berkesan. Hati masih berduka. Kotor agaknya. Jiwa masih membungkam. Tiba-tiba handset berbunyi. 'Tahniah atas Gema Inspirasi yang baru, lebih bermutu hasil pembacaan yang lebih mendalam," Jiwa sedikit terubat. Sedikit. Handset berbunyi lagi. "Bang! Esya (Bukan nama sebenar) gembira sangat! Abdullah (juga bukan nama sebenar) dah mengucap depan Esya!"..Subhanallah..hati terubat sepenuhnya..Silap kalau kita rasakan perjuangan tiada hasil. Yang wajib dibentuk ialah keyakinan bahawa segala hasil-mahsul usaha terpulang dan tertakluk pada Allah untuk memberi dan menzahirkan. Aku beristighfar panjang. Dan aku mula mendidik Abdullah mengenali Islam. Mudah dan indah membentuk jiwa-jiwa yang kosong dan mencari berbanding hati yang sudah terisi tetapi tercemar. Bermula dengan Abdullah, banyak pula maklumat tentang saudara baru atau yang ingin memeluk Islam sampai ke pengetahuanku. Subhanallah. Ya Allah, gagahi langkahku menelusuri sayap baru dalam dakwahku.. '
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak Kenal Tak Cinta
Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.
Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.
Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.
Rabithah Tullab Ad-Dawli
Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.
Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:
Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)
Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:
Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)
Mereka Juga Membaca :
-
Jumaat malam yang lepas saya berbesar hati dijemput sebagai salah seorang ahli panel Diskusi Ilmiah @ AB anjuran JAKMAS Kolej Kediaman Anu...
-
Permusafiran yang tidak dirancang itu, rupa-rupanya yang paling bermakna buat sang hati. Perjalanan menghidupkan hati, kali terakhir dirasai...
-
"Kalau masuk Islam,kena potong tu bawah!" lawak yang sering dibuat oleh penceramah yang bercakap tentang pendekatan dakwah kepada ...
-
Tumpukan Boikot Barangan2 Ini, BERMULA 12 JANUARI HINGGA 12 JULAI 2009. Sasaran - LUMPUH!! Post di Blog ANda!
-
Sebelum ini wajah Adik Ivan menjadi ikon perangsang untuk umat yang prihatin menderma kepada Tabung Harapan PSS bagi program Lawatan Berkala...
Hubungi Saya
Blog Archive
-
▼
2008
(89)
-
▼
September
(13)
- Yeye..Tempat Aku Ada Tol Baru!!
- Suatu Kehilangan..
- Sambutan Raya Mahasiswa ( PRoM '08 )
- Mari-Mari, Turun Mengundi
- Forum Remaja KML - Hikayat Sebuah Perjalanan
- Coret-coret Sejarah..
- Kampung Kobuniku Sayang..
- Bila masanya untuk orang lain?
- Duka Mesti Diiring Suka..
- Sebutir Pasir
- Ramadhan Bulan PerubahanPanjang umur murah rezeki ...
- Tamu Gadang ; Antara Menjunjung Kesarjanaan Gradua...
- Malam Apresiasi 'Amilin
-
▼
September
(13)
No comments:
Post a Comment