Menyusun perancangan masa depan untuk menyeluk pekasam sampai ke hujung di Syria, saya terhimpit dengan perasaan ‘sudah tua dan akan bertambah tua’ yang sangat kuat. Di waktu sahabat-sahabat sibuk membangunkan tempat masing-masing dengan Ilmu dan Islam, saya takut kepulangan nanti disambut dengan kemenangan, tanpa saya mendapat saham daripadanya. “Kau lambat sangat Nadir, dah takda kerja untuk kau buat.” Saya melihat hidup dalam longgok-longgok pendek yang hujungnya, entah bila akan tiba. Selonggok di Syria, selonggok di Sabah semula, dan mungkin selonggok di semenanjung sebagai persediaan menghadapi longgok kekal di Negara Kekal Abadi.
Ditutup sebegitu banyak peluang untuk memberi secara mengejut, saya sangat gembira apabila akhir-akhir ini ramai sahabat suka menghubungi untuk bertanyakan pendapat dan bertukar pandangan. Biarpun nasihat dan kalimat yang dihambur tidak punya nilai praktikal kerana hanya diterangkan secara teori tanpa terlebih dahulu mengamalkan, saya mendapat keseronokan dengan berkongsi. Saya berhasrat untuk pergi lebih jauh, dengan menulis sebuah buku, atau blook (blog+book) berkisar pengalaman-pengalaman pengubah hidup yang telah dikongsi dengan sahabat-sahabat dalam hayat yang telah dikurniakan. Sebuah buku ala tasawwuf kampung + self-introspection bertajuk Hembusan Bayu Syahdu.
Sungguh, paling kurang yang boleh dicapai ialah meningkatkan mutu penulisan melalui kekerapan menulis dan menggugah idea untuk blook tersebut. Seorang blogger terkenal, Brian Clark di blognya Copyblogger berkongsi 10 tips penting untuk menjadi seorang penulis hebat;
10 Steps to Becoming a Better Writer
1. Write. (Menulis)
2. Write more. (Menulis lagi)
3. Write even more. (Menulis lebih lagi)
4. Write even more than that. (Menulis lebih daripada itu)
5. Write when you don’t want to. (Menulis apabila kamu tidak mahu)
6. Write when you do. (Menulis apabila kamu mahu)
7. Write when you have something to say. (Menulis apabila ada perkara yang mahu disampaikan)
8. Write when you don’t. (Menulis apabila tidak ada perkara untuk disampaikan)
9. Write every day. (Menulislah setiap hari)
10. Keep writing. (Teruskan menulis)
Ya, tidak ada jalan yang lebih baik untuk menjadi yang terbaik selain dengan berlatih dan terus berlatih! Practice, even if it rarely makes you perfect, would surely make you better!
Saya sudah mengumpul beberapa bahan dan cadangan tajuk untuk blook tersebut, dengan tema asas mencari hikmah dari alam dan pengalaman, tetapi masih mengharapkan cadangan dan idea daripada semua, khususnya mereka yang melalui pengalaman-pengalaman hidup tersebut (yang selalu tercatat dalam blog) bersama saya.
JOM! kongsikan cadangan di ruang komen, kerana setiap perkongsian, pasti bernilai di sisi Tuhan..
p/s: Kepada penulis-penulis baru dan lama, saya syorkan beberapa laman blog untuk dibaca bagi mengoptimumkan penulisan dan penggunaan blog masing-masing sebagai medium dakwah;
2. Blog Tyrant
3. ProBlogger
4. Gloson Blog (Blog budak Malaysia, berumur 13 tahun yang pernah dilawati DS Najib dan RM)
Dukacita semuanya berbahasa Inggeris ;)




