Sahabat-sahabat dari Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Yayasan Amal yang gigih membantu.
Antara sahabat lama Kak Nada yang hadir. Yang berbaju biru
di tengah berdarah panas,menunggu masa.
Saya tidak pasti samada ia budaya yang telah lama dibuat di tempat-tempat lain, atau perkahwinan kakanda Qatr al-Nada dan Tariq tanggal 20 November yang lepas menjadi trendsetter atau sekurang-kurangnya trend kick-off. Apapun, saya kira mengadakan kenduri kahwin di dalam masjid banyak manfaatnya yang tersendiri. Selain mengimarah dan memulihkan fungsi masjid sebagai pusat kehidupan umat Islam, ia turut 'memaksa' hadirin menjaga tingkahlaku dan adab sopan kerana berada di rumah Allah. Hadirin yang menutup aurat, langsung tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan, beriktikaf sambil menjamah hidangan, solat tepat pada waktunya secara berjamaah setiap kali azan dilaungkan dan kawalan automatik terhadap tahap keligatan 'deejay' bertugas, selain menjimatkan ribuan wang sewa khemah, kerusi dan meja cukup untuk menjadi justifikasi.
Timbalan Presiden PAS antara tetamu yang hadir.
Jemputan duduk bersila di atas lantai,
menjamu hidangan dengan selesa.
Tetapi dua perkara yang secara peribadi saya paling suka, pertamanya ialah bilamana jemputan yang hadir dapat makan dan beramahmesra sesama mereka dalam suasana sangat selesa, duduk dengan aman dan nyaman sambil bercerita dalam halaqah. Malah ramai yang tidak segan-segan untuk bangun semula menjamu selera untuk pusingan kedua kerana lapar semula setelah terlalu asyik bercerita. Yang keduanya ialah bagaimana majlis sebegini membuka ruang kepada rakan-rakan bukan Islam mendekati masjid tanpa berasa janggal dan takut, melahirkan persepsi yang sepatutnya terhadap masjid dan fungsi masjid, serta kemurnian Islam sebagai rahmat sekalian alam. Jom benar-benar membina masjid di dalam masjid!
Barangkali keluarga Cina ini pertama kali menjejakkan kaki di dalam masjid.
Alhamdulillah, Islam Untuk Semua.
p/s : Terima kasih pada semua sahabat yang hadir. Ada rezki ketemu lagi.
4 comments:
Tapi ada cabaran dia abang nadir.
Bukan semua pengurusan masjid terbuka untuk menerima 'pencerahan' budaya yang sebegini
Moga-moga 2013 jadi paksi perubahan ye.
Kita pakat-pakat la merakyat masjid.
mmm..mnarik..blh dijadikan panduan..
Salam all,
>aeisyulillah,
ya,i forgot to state the few things opposing the idea. kalau nak citer psal huduhnya pengurusan masjid,boleh jadi satu post panjang tu.tp stakat ni anugerah disandang oleh Masjid Kampung Likas di Sabah la.
Tringat mcmna diorng bnarkan budak2 sekolah bwh KRU buat qiam kt sna,tapi x dibnarkn tidur,brkumpul n brprog dlm masjid.boleh smbhyng je.n the other time yg diorng x bnarkn kita buat tuisyen utk anak2 kg sna di masjid dgn alasan 'kami dh ada prog sndri'.mngkin sestgh je bobrok,dipimpin oleh Puan Jenab al-Umnoi, tp dh ckup utk membacinkan sluruh operasi masjid.
>de souza,
ya2,perlu jd panduan.yg x disbut kt situ kne kawin org jmah jg,xda bsanding,n dua2 dah grad :)
bah..tggu abg dulu la..
Post a Comment