Puteriku-Puteriku Sayang bergambar bersama kakak-kakak fasilitator
Tukang masak, tukang potong kayu api, tukang basuh pinggan dan tukang tenyeh bontot kuali menghilangkan peluh-peluh perjuangan.
Antara menu yang ditiup, dihembus dan dijampi dengan ayat pelembut hati, ayat pengasih dan ayat penerang hati.

Puteriku Sayang: 'Semakin Hari Semakin Rindu', begitulah bunyi nama dan tema program yang berjaya dilaksanakan hujung minggu yang lepas. Melibatkan 10 orang puteri, dan 18 orang AJK, program pembangunan remaja yang bertumpu ini menyentuh hulu jantung dan pangkal hati mereka, sehingga ada yang tidak mahu berpisah dengan kakak kesayangan. PSS tidak berhajat mendedahkan modus operandi program, tetapi cukuplah kalau dikatakan semua pihak berpuas-hati dengan program yang dilaksanakan, dan tidak ada apa-apa masalah besar yang dihadapi. Kesannya? Kita tunggu dan lihat. Terima kasih pada semua yang membantu menjayakan program, daripada pemotong kayu api, penemuramah peserta hinggalah ke kakak-kakak kasih. Sentuhan dua orang murabbi PSS, Abg Bun yang telah lama tidak beraksi dan Kak Jannah, 'ulat bulu yang menjadi rama-rama' nyata memberi kesan kepada peserta, selain senda-sindir orang lama, Abg Fairuz. Lebih-lebih lagi apabila makanan yang dikacau banyak ditiupkan dengan ayat 'guna-guna'. Mesej yang diterima daripada Ustaz Zaki di penghabisan program cukup untuk menjadi kayu ukur dunia,
"Salam, tahniah n syukran jazakallah khairan kathira..semua pelajar rasa xpuas program 1 hari. Klu boleh diorg mau ikut lagi dan lama lg..mereka bg markah program ni 10/10..diorng begitu merekemenkan program ini kpda kwn2 yg lain.."
Pesan daripada pihak penaja rancangan, janganlah jadikan titik pertemuan ini permulaan yang tergantung. Pengorbanan yang tinggi oleh pembimbing, baik dari segi masa, tenaga dan wang ringgit yang akan meresapi hati adik-adik dan menjadikan mereka muslimah yang bertaqwa, insyaAllah..Amin.

3 comments:
SLM...KEMPUNAN ABANG NK IKUT PROGRAM...RASA RINDU PULAK NAK BERGERAKERJA, TAMBAHAN PULAK BLOM START KEJE LG DISINI...RINDUNYA AKU PADA KELANA DA'WAH TAK BERPENGHUJUNG, ENTAH BILA KAN DAPAT KU BERKELANA LAGI...
Apasal aku jadi pemotong kayu api??? Cuba la jadi yb parlimen tawau ka ok jugak.... Maaf la tak dapat nak ikut program... Sebab ada urusan penting jugak kat tawau... Apapun i'Allah kita jumpa lagi...
Salam all,
Saladin,
Nih belum masuk gambar kionsom kecil yg patutnya jd projek abg tuh..heh. Takpe, di mana pun ada bumi tuk disemai..
nahnu-jundullah,
Kira ok a tu dibagi jwtn sama mcm Abu Lahab. Heh. Syukran bnyk atas bantuan menjayakan program tersebut :)
Post a Comment