:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Thursday, June 30, 2011

Penuntut Ilmu Hakiki

Musafir itu merentas lautan dari Sepanyol ke Afrika, lalu berjalan kaki selama beberapa bulan. Penghujung destinasi masih beribu-ribu kilometer jauhnya –kota Baghdad; kota ilmu dan tamadun ketika itu. Musafir itu berhasrat mencari Imam Ahmad Bin Hanbal, untuk mempelajari hadis Rasulullah S.A.W. Musafir itu bernama Baqi bin Makhlad.

Tiba di Baghdad, dia mendengar berita yang meranapkan hatinya. Imam Ahmad bin Hanbal dikurung di rumahnya oleh khalifah kerana isu percanggahan pendapat. Imam Ahmad tidak dibenarkan keluar dari rumah, jauh sekali mengajar. Mencari penyelesaian, Baqi bin Makhlad berjalan dengan hati-hati ke rumah Imam, takut-takut ditangkap bodyguard khalifah, lalu mengetuk pintu. Tok, tok, tok..

“Siapa di pintu?” Tanya Imam Ahmad dari dalam, lalu membukanya.

“Aku Baqi bin Makhlad, aku datang untuk menuntut ilmu dengan engkau.” Baqi menjawab, nekad.

“Tidakkah engkau mengetahui bahawa aku dikurung dan tidak dibenarkan mengajar?”

“Aku mengetahuinya, tetapi aku datang dari jauh dan tetap mahu belajar daripada engkau.”

“Dari mana engkau datang? Afrika?”

“Tidak, aku membelah lautan dari Sepanyol, baru sampai ke Afrika lalu berjalan kaki sampai ke sini.”

“apakan daya, aku tetap dilarang untuk mengajar engkau.”

“Aku sudah mendapatkan helah. Setiap hari, aku akan berlakon menjadi pengemis, lalu datang ke pintu rumah ini untuk menuntut ilmu daripada engkau.”

Keesokan harinya Baqi bin Makhlad memakai pakaian yang compang-camping, lalu merayau-rayau di jalanan, menjerit-jerit sayu merayu orang ramai memberikannya sedekah. Sampai di rumah Imam Ahmad bin Hanbal, Imam segera membuka pintu dan membawanya masuk ke koridor, lalu dalam tempoh yang singkat mengajarkannya satu atau dua hadis, tanpa pernah melebihi empat hadis pada satu-satu masa. Tidak sempat pengintip khalifah timbul syak, dia pun keluar lalu berlakon semula sebagai pengemis.

Begitulah Baqi bin Makhlad menuntut ilmu hadis daripada Imam Ahmad bin Hanbal, berlarutan sehingga empat bulan, ketika mana khalifah meninggal dunia. Khalifah yang naik menggantikannya, cukup menghormati Imam Ahmad, dan mengalukannya mengajar di sebuah masjid besar di Baghdad. Satu hari, tatkala Imam Ahmad sedang mengajar, beliau terlihat kelibat Baqi, lantas memanggilnya duduk di sisi. Beliau lalu berkata;

“Inilah penuntut ilmu hakiki!”

Imam Baqi bin Makhlad kemudiannya menulis masnad hadisnya yang mengandungi 50 000 hadis, melebihi musnad gurunya Imam Ahmad bin Hanbal yang mengandungi kira-kira 27 500 hadis. Dukacitanya Musnad Imam Baqi adalah antara kitab yang dicuri dan tidak ditemui semula pada zaman kejatuhan Islam.

Kisah Imam Baqi bin Makhlad mengisi kelas pengajian bahasa arab kami pada hari yang ketiga. Sebagai pelajar baru di Daurah Fatah Islami, saya cukup kagum dengan kesungguhan pengajarnya memberikan tasyji’ (tiupan semangat) kepada penuntut. Malah keseluruhan suasananya cukup baik. Dimana lagi hendak dicari mudir yang menghidangkan teh kepada pelajar yang datang mendaftar? Atau pakcik pencatat kehadiran yang sambil berjalan sambil mengulang hafalan Qurannya? Atau pengajar yang hari-hari membawakan gula-gula dan kurma untuk pelajar. Lebih daripada itu, semuanya percuma (baca : dianggap percuma)! Subhanallah. Saya tidak pernah menyangka sekolah akan menjadi tempat paling mendamaikan.

Di Syam, kedudukan tullab ‘ilmi atau penuntut ilmu (khususnya ilmu agama) di mata masyarakat sangat mulia. Ia menjadi pasport ilahi untuk dimuliakan sebagai tetamu, diberikan tabarru’ – derma jihad - dibawa berziarah ‘ala ra’si – di bawah tanggungan – yang membawa, malah dibayarkan tambang bas atau diberikan perkhidmatan percuma. Lebih-lebih lagi tullab ‘ilmi Malizia, terkenal sebagai kelompok yang lemah-lembut dan menghormati orang lain.

Tinggal bermuhasabah, apakah kita telah mencapai tahap pengorbanan dan dedikasi ‘penuntut ilmu hakiki?’

Sunday, June 26, 2011

Umat Akhir Zaman; Banyak Fikir Kurang Zikir


Desakan menggunakan akal dalam segala aspek kehidupan hari ini mengajar manusia merancang segala-galanya dengan cukup baik dan teliti. Daripada pendidikan anak-anak bermula dengan tadika mana anak akan disekolahkan, diatur cita-cita mereka dan disalurkan supaya jalan mencapainya dicatur kemas, setapak demi setapak. Menghadap peperiksaan, yakin dan lega lahir bila pelajaran selesai diulangkaji tepat pada masanya.

Astaghfirullahal a’azim.

Bagi kita di bidang pekerjaan, hari ini bekerja sebagai trainee, esok lusa merancang untuk bekerja tetap lalu seterusnya menjadi bos besar. Kewangan bulanan dirancang supaya rezki masuk sama dengan rezki keluar. Menyelak akaun, lega bila bulan ini tidak perlu berhutang dan anak-anak cukup makan.

Astaghfirullahal a’azim.

Seorang manusia dengan kerana hebatnya kurnia otak, merancang segalanya untuk jadi berjaya. Sampailah sekali-sekala gagal, tergolek dan tersungkur, diketuk dan ditegur, barulah sedar rupanya perancangan kita bernilai sifar, tiada daya dan lemah upaya, kecuali bilamana Allah berkata YA. Gah manusia, pada sejauh mana hatinya dekat pada yang punya kurnia.

Astaghfirullahal a’azim.

Seorang dai’e dan ustaz bila banyak berfikir, mampu sahaja merancang untuk mengubah manusia dengan dakwahnya. Disusun pendekatan dengan segala marhalah dakwah fardhiah, qudwah hasanah dan maui’izah hasanah. Tapi bila tidak diiringi zikir, angin ujian baru bertiup gemalai, boleh jadi si dai’e sudah tersadai. Lupa bahawa hidayah tetap berada di tangan Allah, dan mengabdi serta merintih jalan untuk membukanya. Gah dai’e, pada munajat dan solat malamnya.

Astaghfirullahal a’azim.

Seorang mahasiswa bila banyak berfikir, mampu sahaja merancang untuk mengubah Negara dengan ideologinya. Diserap dengan pemikiran student power dan 1001 slogan, politik nilai sebagai pedoman, mahasiswa agen perubahan dan mahasiswa bekebajikan. Tapi bila tidak diiringi zikir, musuh berbisik sikit, boleh jadi mahasiswa termakan umpan. Lupa siapa musuh dan siapa kawan, mengkritik ulama’ dan menambah kemuncup di jalanan, sedar tak sedar mendukung cara kerja hizbus syaitan. Gah mahasiswa, pada adab dan akhlaqnya.

Astaghfirullahal a’azim.

Manusia itu sebaik ciptaan, justeru susah diberi peringatan. Dai’e dan ustaz, ilmunya bertingkat, jadi susah untuk dinasihat. Mahasiswa itu, ideologinya hebat, maka susah egonya disekat. Tapi sekurangnya, dengan membaca penulisan ini, mereka telah beristighfar sebanyak lima kali lebih daripada kebiasaan. Moga untuk kita, ada keampunan.

“Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah SWT, maka Allah SWT telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar” (Al-Ahzab : 35)

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Al A’raf : 205)

Allah swt berfirman: "Ketika hambaKu mengingatiKu dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu dalam suatu kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yg lebih baik dari kelompoknya. Jika dia dekat kepadaKu sejengkal, maka Aku dekat kepadanya sehasta. Jika ia dekat kepadaKu sedzira', maka Aku mendekatinya sedepa. Jika dia berjalan kepadaKu maka Aku berlari kepadanya." (Hadis Muslim)

Daripada Abdullah bin Yusr R.A. Ada seorang berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syari'at Islam telah banyak ada padaku, maka beritahulah kepadaku sesuatu yang aku bisa berpegang teguh dengannya". Rasulullah pun bersabda: "Hendaklah lisanmu selalu basah kerana berzikir kepada Allah". (Hadis Tirmizi)

( Seringan-ringan zikir dicadangkan ialah ma’thurat pada setiap waktu pagi dan petang, melazimi tasbih, tahmid dan takbir 33 kali setiap kali selepas solat, dan selawat ke atas Nabi pada setiap masa lapang - sekurangnya 1000 kali sehari )

Friday, June 17, 2011

Guest Post : kisah nenek jual bawang.

Guest Post dipetik dari blog Nazrul Syazwan aka Warouq.

gua masih teringat nenek jual bawang dekat dengan rumah gua. dah 2,3 kali gua pergi beli bawang & kentang sama dia. tapi yang gua tak puas hati tu pasal attitude dia terhadap gua. muka kemain bengis. siap suruh gua timbang sendiri lagi tiap-tiap kali. gua memang tak puas hati dengan nenek tu. dia tak ngam sama gua.

ada satu hari tu hari gua masak. instead of beli bawang dekat Mounirah atau Khairuzzaman atau pasar sayeda, gua nekad nak beli bawang sama nenek hari tu. gua nak testing selama mana dia boleh buat muka cengih. gua datang kat dia. steady. gua cakap nak beli bawang setengah kilo sama ubi sekilo. cilakak mood dia tak kena lagi hari ni. dia pusing kepala pelan-pelan pandang gua sambil jari tunjuk plastik. dia suruh gua amek sendiri. oo main kasar. siap. gua gagah amek plastik, gua saduk bawang banyak nak mampus. gua letak depan dia. hamek kau. dia pusing kepala pelan-pelan pandang gua sambil jari tunjuk penimbang. dia suruh gua timbang sendiri as expected. gua letak atas penimbang, gua amek pemberat 1/2 kilo letak atas penimbang lagi satu. kompem la terlebih berat bawang tu sebab gua sauk bawang tu mau 3 kilo gua rasa. saja gua nak testing kesabaran beliau alang-alang dia dah buat muka kelat. dah tak pasal-pasal gua kena maki sebab nampak bodoh nau nak setengah kilo tapi bubuh sampai dekat sepelastik penuh. gua senyum je. ketat. damn nenek ni tak boleh dibawak gurau langsung. gua timbang elok-elok. last-last time bayar gua tanya berapa harga. dengan riak wajah kerek dia kata LE4.25. gua cek poket ada syiling LE3. gua buat muka macam miskin tak cukup duit. nenek tu terus buat bunyi "tsk..". gua cukup pantang arab buat bunyi tu. tanda dia tensen. tapi gua senyum. gua bukak dompet keluarkan LE5 sekeping. duit baru, keras lagi, dan harum. gua letak atas tangan dia sekali dengan duit syiling LE3 tadi. gua terus blah dengan muka angkuh. cukup 4,5 langkah gua jalan gua dengar nenek tu panggil, "ta3ala khud elba2i yabni!!" (anak, amek duit baki ni). keh keh gua senyum. gua pusing muka pelan-pelan pandang dia. gua buat muka kerek mata stim cakap, "khalli ma3ik.." (simpan je/keep the change). gua tengok air muka nenek tu berubah. gua seronok sebab berjaya buat nenek tu cakap "syukran yabni". gua balas, "shukru lillah..". gua balik. itu hari gua masak lemak labu sama ayam goreng rempah.

hari ni turn gua masak lagi. gua nak jenguk nenek tu. padahal ada je kedai bawang lain lagi dekat. saja gua nak carik pasal. tapi yang bestnya bila gua datang nenek tu senyum. nak tergelak gua tengok. gua happy, bhai. kali ni dia siap amekkan bawang, buh atas penimbang, & siap kasik diskaun. gua beli bawang biasa la 1/2 kilo je tapi nenek tu kasi sekilo sama gua. siap dia tanya nama gua apa. tak pasal-pasal gua dapat sorang lagi member kat Sayeda ni.

gua terfikir। walau kat mana pun kita hidup, kita mesti raikan kehidupan। arab-arab sekeliling gua pun gua tak penah lokek buat modal berkawan. tak kisah la kat mana pun gua pindah selama 6 tahun ni, gua sentiasa akan kenal kebanyakan orang keliling rumah gua. bukan susah nak mulakan. kadang tu sekadar buat-buat tanya benda yang gua dah tau je pun. tak rasa best ke tiapkali kau orang jalan kaki nak pegi kelas ke, gi main bola ke, balik usrah ke kau boleh angkat tangan lambai-lambai sama arab sekeliling. pakcik kedai runcit, pakcik jual ayam, pakcik kedai makan, pakcik kedai kacang, pakcik kedai baju, pakcik asob, pakcik gunting rambut, pakcik ahwah, pakcik masjid, pakcik imarah. tak kira la perangai diorang macamana tapi semua tu orang-orang yang boleh doakan kau orang. ini tahun last gua kat mesir. gua nak berkawan puas-puas. ok bye.

Post asal di sini.

Saturday, June 11, 2011

Kuasa 'Mujo' Orang Ganu


Rindu pada Ganu Kite..

Petikan di bawah adalah terjemahan artikel daripada internet;

'Mujo' atau 'mujur', perkataan daripada dialek orang Terengganu, dalam Bahasa Melayu baku membawa maksud ‘nasib baik’. ‘Mujo’ menggambarkan suatu cara berfikir, bukti sikap optimis yang ada pada orang Terengganu. Saya percaya bahawa orang Terengganu sangat optimistik. Saya tidak pernah mendengar berita orang membunuh diri di sana dengan terjun dari pokok kelapa atau meneguk budu expired. Adalah penting kita mengingati bahawa orang Terengganu dulunya hidup dengan sampan, surat khabar siang sampai pada sebelah malam dan tidak mengecapi benda-benda lain yang dinikmati ‘penduduk pantai Barat’. Walaubagaimanapun, tanpa disko, wi-fi di kedai kopi dan pusat membeli-belah yang besar (dulu), mereka hidup dengan baik tanpa mempunyai keperluan kepada hospital sakit jiwa. Ini semua berlaku kerana mereka mempunyai ‘mujo’. Seperti yang saya sebutkan sebelumnya, ‘mujo’ mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Ia mendokong makna, kita harus bersyukur kerana Allah tidak menjadikannya lebih teruk daripada apa yang berlaku. Ambil contoh di bawah ;

Tiga orang mek sedang mencuci baju di sungai.

Mok Long Selamoh: Guane doh adik mung Mek?

Mok Teh Som: Bakpe pulok adik die?

Mok Long Selamoh: Laaa! Mung dok tau ke Som?

Mok Teh Som: Dok tau setarang kita.

Mok Long Selamoh: Adik Mek ni kena langgor lori kemareng.

Mek Beso: Bukang lori Mok Long, beng ikang!

Mok Long Selamoh: Mujo bukang lori!

Mok Teh Som: Pah tu? Terok ke?

Mek Beso: Kaki patoh sebeloh......

Mok Teh Som: Mujo dok patoh due-due..

Mok Long Selamoh: Tu pong mujo dreba beng dang brek.

Mek Beso: Mujo beng tu dok laju..

TAMAT

Kalaulah kedua-dua kaki adik Mek Beso patah, akan disebut, "Mujo dok pecoh pala".

Kalau kepala yang pecah, akan disebut "Mujo dok mati".

Dan kalau mati adik Mek Beso, akan disebut pula "Mujo lah bukang adik kita".

Betapa, orang Terengganu bukan sahaja optimis meredhai apa yang berlaku, malah bersyukur dengan ketentuan Allah, dengan menyedari Allah berkuasa menjadikannya lebih teruk daripada apa yang berlaku.

Kuasa Minda Penentunya

Membawa kita berfikir, sejauh mana sebenarnya masalah-masalah yang membebani kita setiap hari? Besar atau dibesarkan? Tidak ada penyelesaian atau sengaja ditutup jalan? Memilih untuk berusaha atau lebih suka berduka? Stephen Covey menyebutkan dalam The Seven Habits of Highly Effective People, the way we see the problem is the problem. Bagaimana kita melihat masalah, adalah masalahnya. Orang yang kematian isteri misalnya, boleh mengatakan bahawa ini adalah kehendak Allah, Allah lebih sayang padanya, ada rezki berjumpa di syurga. Pada masa sama ada yang akan memilih untuk berkata, inilah hujung hayatku, aku juga harus mati, hidupku sia-sia dan tidak bermakna lagi, lalu terus bersedih dan mengharapkan belas kasih. Apapun masalah dunia, besar kecilnya terpulang pada kita. Untuk apa dijadikan beban dan kesakitan berpanjangan, sedangkan hidup hanya sementara? Sebaliknya fikirkanlah masalah iman dan amal, kerana ia yang pasti berkekalan.

Membina Persepsi, Mainan Barat

Masalah kepada umat pada hari ini ialah 'agen-agen pembentuk persepsi' semuanya didominasi oleh Barat. Persepsi mengatakan bahawa sweet seventeen adalah saat yang indah untuk bercinta, persepsi yang mengatakan mencari duit untuk hidup mewah adalah kemestian yang akan mengangkat martabat dalam masyarakat, persepsi yang mengatakan bahawa menjadi doktor dan jurutera, lebih agung dan mulia daripada menjadi ustaz, semuanya dibentuk oleh dunia di sekeliling kita. Lambakan movie Barat, Korea dan Hindustan misalnya, meracun remaja untuk mabuk cinta dan bergaya semasa. Siri House dan ER menyuntik semangat kanak-kanak bahawa menyelamatkan manusia adalah semulia-mulia kerja, sedang yang kaya, dijulang dan yang miskin harta, tidak dipandang, menyebabkan manusia melupakan ada hidup di 'sana'.

Persepsi itu, hanyalah sebuah anggapan si pembentuk, dari mana kita beroleh petunjuk, bergantung kepada apa yang kita jadikan sebagai titik rujuk. Justeru, jangan terus tertipu. Jadikan Al-Quran dan Sunnah, sebagai pemandu.



Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ( Al-Hadid : 20 )

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) ( At-Talaq : 2-3 )

Tuesday, June 7, 2011

Thank God for Letting Me Piss

This post is a collection of short stories i got from the net. I decided not to translate the stories as each is written in simple English, but will do so upon request. My say is in red.

I knelt to pray but not for long,

I had too much to do.

I had to hurry and get to work

For bills would soon be due.

So I knelt and said a hurried prayer,

And jumped up off my knees.

My Muslim duty was now done

My soul could rest at ease.

All day long I had no time

To spread a word of cheer.

No time to speak of Allah to friends,

They'd laugh at me I'd fear.

No time, no time, too much to do,

That was my constant cry,

No time to give to souls in need

But at last the time, the time to die.

I went before the Lord,

I came, I stood with downcast eyes.

For in his hands God held a book;

It was the book of life.

God looked into his book and said

Your name I cannot find.

I once was going to write it down...

But never found the time"

Story 1 : A brick in your face

A young and successful executive was traveling down a neighborhood street, going a bit too fast in his new Jaguar. He was watching for kids darting out from between parked cars and slowed down when he thought he saw something. As his car passed, no children appeared. Instead, a brick smashed into the Jag's side door! He slammed on the brakes and drove the Jag back to the spot where the brick had been thrown.

The angry driver then jumped out of the car, grabbed the nearest kid and pushed him up against a parked car shouting, "What was that all about and who are you?

Just what the heck are you doing? That's a new car and that brick you threw is going to cost a lot of money. Why did you do it?"

The young boy was apologetic. "Please, mister... please, I'm sorry...I didn't know what else to do," He pleaded. "I threw the brick because no one else would stop..."

With tears dripping down his face and off his chin, the youth pointed to a spot just around a parked car.

"It's my brother," he said. "He rolled off the curb and fell out of his wheelchair and I can't lift him up."

Now sobbing, the boy asked the stunned executive,

"Would you please help me get him back into his wheelchair? He's hurt and he's too heavy for me."

Moved beyond words, the driver tried to swallow the rapidly swelling lump in his throat. He hurriedly lifted the handicapped boy back into the wheelchair, then took out his fancy handkerchief and dabbed at the fresh scrapes and cuts. A quick look told him everything was going to be okay.

"Thank you and may God bless you," the grateful child told the stranger.

Too shook up for words, the man simply watched the boy push his wheelchair-bound brother down the sidewalk toward their home.

It was a long, slow walk back to the Jaguar. The damage was very noticeable, but the driver never bothered to repair the dented side door.

He kept the dent there to remind him of this message:

"Don't go through life so fast that someone has to throw a brick at you to get your attention!"

God whispers in our souls and speaks to our hearts. Sometimes when we don't have time to listen, He has to throw a brick at us.


Story 2 : Thank God for letting me piss

A man reached 70 years of age and he faced a disease, he could not urinate. The doctors told him that he needs an operation to cure this disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him much pain for days. When the operation was completed, his doctor gave him the bill, which covered all the costs. The old man looked at the bill and started to cry. Upon seeing this, the doctor told him that if the cost is too high then they could make some other arrangements. The old main said, "I am not crying because of the money but I am crying because Allah let me urinate for 70 years and He never sent me a bill."

We rarely thank Allah for these things, which are indeed great favors. We ask Allah to grant us the quality of being able to thank Him much and remember Him always.


Story 3 : If God exists, why all the pain?

A man went to a barber shop to have his hair and his beard cut as always. He started to have a good conversation with the barber who attended him. They talked about so many things and various subjects.

Suddenly, they touched the subject of ALLAH. The barber said : "Look man, I don't believe that ALLAH exists as you say so."

"Why do you say that?" Asked the client.

Well, it's so easy, you just have to go out in the street to realize that ALLAH does not exist. Oh, tell me, if ALLAH existed, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If ALLAH existed, there would be no suffering nor pain. I can't think of a ALLAH who permits all of these things."

The client stopped for a moment thinking but he didn't want to respond so as to prevent an argument. The barber finished his job and the client went out of the shop. Just after he left the barber shop he saw a man in the street with a long hair and beard (it seemed that it had been a long time since he had his cut and he looked so untidy).

Then the client again entered the barber shop and he said to the barber :

" Know what? Barbers do not exist."

"How come they don't exist?"-asked the barber. "Well I am here and I am a barber."

"No!" - the client exclaimed. "They don't exist because if they did there would be no people with long hair and beard like that man who walks in the street."

"Ah, barbers do exist, what happens is that people do not come to me."

"Exactly!"- affirmed the client. "That's the point. ALLAH does exist, what happens is people don't go to Him and do not look for Him that's why there's so much pain and suffering in the world."

The problem is not whether Allah is functional as the Almighty, it is whether we are doing our duty as his servants.


Bonus story : The gift of a brain

"A man and his wife were getting a divorce at a local court. But the custody of their children posed a problem. The mother jumped to her feet and protested to the judge that since she had brought the children into this world, she should retain custody of them.

The man also wanted custody of his children. The judge asked for his side of the story too. After a long moment of silence, the man rose from his chair and replied:

Judge, when I put a dollar into a vending machine, and a Pepsi comes out, does the Pepsi belong to me or to the machine?"

Don't laugh, but the man won!

And a few verses from the Quran to seal the deal;

We created man and We know what his own self whispers to him. We are nearer to him than his jugular vein. (Surah Qaf : 16)

O My servants who have transgressed against their own souls, despair not of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Truly, He is Most Forgiving, Most Merciful. (Surah az-Zumar 39 : 53)

"And when My slaves ask you (O Muhammad) concerning Me, then (answer them), I am indeed Near (to them by My Knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me (without any mediator or intercessor). So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright" (Surah Al-Baqarah :186)

And a picture in tribute to my brother Musa, for being a part of the future;

Musa (in green Baju Melayu) on duty at the PAS General Assembly elections.

May Allah be with us all along the way. Al-Fatihah.

Wednesday, June 1, 2011

Solat; Antara Dua Sempadan


Solat itu pentingnya tidak ada yang memprotes. Buktinya ia difardhukan secara terus kepada Rasulullah S.A.W tanpa melalui apa-apa perantaraan dalam peristiwa Isra' Mi'raj. Adapun fungsinya, sebagai petua kejayaan orang Islam (Al-Mukminun : 1-2), pencegah kerosakan dan kemungkaran (Al-Ankabut : 45), malah kedudukannya sebagai penawar duka nestapa dan penenang hati, sebagaimana ia mengubati Rasulullah setelah mengharungi Tahun Duka Nestapa, kurang sampai kepada kelompok sasar, yakni yang menunaikannya.

Lebih hebat lagi, solat menjadi kayu ukur dan sempadan antara dua puncak - yang tertinggi dan terendah dalam Islam; solat adalah amalan pertama disoal di akhirat dan kegagalannya diterima, menyebabkan segala amalan lain menjadi sia-sia, dihempaskan kembali ke wajah pelakunya. Di satu kedudukan yang lain, ia merupakan jalan penghubung antara amalan mua'amalah dan mukasyafah, sebagaimana disebutkan Imam Ghazali dalam Kitab Ihya' Ulumuddin, jambatan antara amalan yang dilakukan, kepada merasai lazatnya iman, manisnya beribadah dan indahnya hidup bertuhan.

Justeru, saya mengambil peluang berkongsi semula, 45 petua-petua khusyuk dalam solat, sebagaimana dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Zawawi Yusoh dalam ceramahnya berhubung tajuk tersebut. Kalau pun tidak dapat diamalkan semua, dapat dilaksanakan secara berperingkat. Mudah-mudahan, medan online dengan Allah ini, dapat dimanfaatkan oleh mereka yang mengharap kepadaNya.

Khusyu’ adalah kehadiran fikiran, hati dan kefahaman. Ia juga terlihat oleh keselarian yang sempurna antara kehadiran fikiran hati yang menyerah diri dalam beribadah, dipenuhi keghairahan tinggi untuk mengerjakan solat dan roh yang terikat dengan Pencipta, melahirkan rasa hina diri untuk tunduk kepada Allah.

Persiapan Sebelum Solat

  1. Ada maklumat tentang nama-nama Allah, lalu berharap mencontohi Allah pada sifat-sifatnya bilamana disebut di dalam solat (contohnya, berharap dan berusaha menjadi ar-Rahman, pemurah seperti Allah
  2. Solat punya waktu khusus, dan sebaik solat ialah di awal waktu, dan ditanda dengan azan dan iqamah
  3. Masa untuk solat dianggap ‘zakat masa’ yang diberi kepada Allah
  4. Solat hendaklah didahului dengan wudhu’ yang sempurna
  5. Menggunakan miswak (kayu sugi) atau menggosok gigi sebelum solat
  6. Tidak mendirikan solat dalam keadaan syak wudhu’ ada atau tidak, dan sunat memperbaharuinya sebelum setiap kali solat
  7. Tidak solat dalam keadaan menahan kentut, hadas besar atau kecil
  8. Mengkhususkan tempat untuk solat, dan mengutamakan solat di masjid
  9. Mengelakkan daripada solat di laluan orang, dan di tempat yang ada gangguan
  10. Memakai pakaian khas untuk solat
  11. Menentukan ayat yang hendak dibaca dan mencari maksudnya supaya dapat dihayati dalam solat (Al-Fatihah dan ayat tambahan)
  12. Ghairahlah untuk solat berjemaah
  13. Berusaha untuk solat di saf paling hadapan, kerana pandangan terhad, malah Allah dan malaikat berselawat ke atas ahli-ahli saf hadapan
  14. Sampai ke masjid sebelum iqamah, untuk membuat persiapan dan memberi tempoh tenang
  15. Jangan menolak daripada menjadi imam sekiranya yakin ada kemampuan
  16. Jangan solat di belakang imam yang tidak diyakini atau diketahui tidak baik daripada segi bacaan, akhlaq dan lain-lain
  17. Berjalan daripada masjid ke masjid mencari imam yang terbaik untuk diikuti
  18. Dorong diri untuk menjawab azan
  19. Membaca peribadi solat Rasulullah S.A.W dan mencontohinya
  20. Memperbanyakkan mendengar bacaan qari Masjidil Haram, Masjid Nabawi atau qari-qari yang memahami dan menghayati bacaannya
  21. Tidak solat di hadapan makanan yang telah sedia terhidang, malah mendahulukannya sekiranya waktu solat masih panjang
  22. Jangan tergopoh-gapah semasa solat walaupun masa suntuk (contohnya, berlari mengejar ruku’ imam)
  23. Melaksanakan solat jama’ dan qasar sekiranya bermusafir
  24. Jangan mendirikan solat dalam keadaan marah
  25. Jangan bangun daripada majlis yang melalaikan lalu terus menunaikan solat (contoh majlis mengumpat, menonton Hindustan)
  26. Jangan solat dalam keadaan mengantuk
  27. Membayangkan kebesaran pahala khusyuk di dalam minda dan ruginya melaksanakan solat tanpa khusyuk
  28. Solat dengan menganggap ia satu-satunya ibadah yang akan diterima dan dipersembahkan di hadapan Allah kelak
  29. Mempunyai sasaran untuk khusyuk dalam setiap waktu solat, dan cuba mencapainya lagi dan lagi
  30. Jangan menyebabkan orang lain hilang khusyuk kerana kita

Semasa Solat

  1. Membaca niat solat dengan berazam ingin khusyuk
  2. Memastikan anggota memainkan peranan masing-masing (mata memandang tempat solat, tangan diletakkan di tempatnya, otak memfokuskan fikiran)
  3. Solat seolah-olah ia adalah yang terakhir dapat dilaksanakan sebelum mati, kerana mati adalah rahsia Allah dan datang tanpa diduga
  4. Membaca ayat yang boleh menyedarkan diri untuk meninggalkan maksiat, dan berdoa di dalam hati mengiringi ayat yang dibaca (contohnya, berdoa supaya dijauhkan daripada api neraka ketika membaca ayat-ayat tentang azab Allah)
  5. Membayangkan sedang berdiri di depan Allah, sebagai hamba yang lemah, kerdil dan hina
  6. Merenung makna bacaan dalam solat, contohnya ikrar akujanji kepada Allah dalam doa iftitah
  7. Sebolehnya tidak memejam mata di dalam solat, malah memandang ke tempat sujud, kerana lebih mudah untuk fokus
  8. Cuba untuk menangis, atau buat-buat menangis di dalam solat
  9. Memastikan Surah Al-Fatihah dibaca dengan betul, kerana ia bacaan paling asas dalam solat, dan Allah menjawab bacaan kita di dalam surah Al-Fatihah
  10. Mengurangkan pergerakan yang tidak perlu. Sabda Rasulullah, ‘Kalau khusyuk hati orang yang solat, akan khusyuk anggotanya’
  11. Tahan daripada menguap di dalam solat (petua – dengan menggigit lidah)
  12. Berdoa sebelum memberi salam pada tahiyyat akhir

Selepas Solat

  1. Beristighfar supaya terampun dosa kekurangan di dalam solat, dan menunaikan solat sunat bagi menampal lubang-lubangnya
  2. Berzikir dan membaca ayat kursi
  3. Mengelakkan daripada riya’ dan ‘ujub dengan solat yang khusyuk
Yang dimerahkan, barangkali yang paling mudah, justeru ada baiknya didahulukan.

Ustaz Zulkifli Ismail, dalam mengupas kitab Muniyyatul Musolli, menyebutkan bahawa tidak khusyuk dalam solat seolah-olah seekor burung yang terbang dan hinggap di dahan sebatang pokok. Apabila dihalau, ia akan terbang kemudian hinggap di dahan yang lain. Lalu, cara menghalaunya tidak lain dengan menebang batang pokok tersebut. Kemudian diterangkan bahawa dahan-dahan tersebut adalah urusan-urusan dunia, cuba melupakan satu hanya membawa kepada teringat urusan yang lain, sehinggalah dunia tersebut dapat ditebang secara keseluruhannya. Dalam bahasa mudah, persediaan untuk menghadapi solat, dengan membersih dan mempersiapkan diri bermula dengan wudhu', perlukan kepada penghayatan total dan sempurna, tanpa dicampur-aduk dengan kesibukan dunia. Masaku, 6-7 minit sahaja sewaktu, semata-mata untukmu, Allah Ya Tuhanku.

Bagi yang peduli, saya kongsikan beberapa hadiah berupa bahan (termasuk mp3 asal ceramah) di dalam Folder Solat di Kotak Ilmuwan di laman ini.

Bagi yang tidak peduli, Allah sediakan hadiah berupa Neraka Wail (Al-Mau'un : 4-5).

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan