SINAR MAULID NABI ~ membentuk haluan, meningkatkan kesedaran..
Beribu tahun terpahat sejarah,
Maulid Rasul kembali menyinggah,
Kulayangkan kata penuh berhikmah,
Moga menjadi pengikat mahabbah.
1428 tahun berlalu sejak Negara Islam Madinah didirikan oleh Rasulullah, meninggalkan umat dengan model kepimpinan dan negara contoh yang terbaik. Semilir usia terus bertiup, coretan sejarah terus terukir dan anugerah khazanah waktu terus berlalu. Manusia terus mencuba adunan baru, mencorak kehidupan dengan warna-warni yang tampak lebih menarik dan mengasyikkan, indah dan mempesona. Tetapi semakin diadun, peradaban seolah semakin kelam dan suram, hidup menjadi gelap dan muram.
BERPEGANG PADA OBOR KEHIDUPAN
Sahabat-sahabat pimpinan yang dikasihi,
Manusia dilahirkan ke dunia dengan sebab dan tujuan. Tidak sia-sia dan bukan untuk disia-siakan. Bermula dengan membuka mata meneroka dunia menjangkaui sempadan rahim ibunya, sehinggalah mata ditutup semula oleh kegelapan liang lahad, hidup manusia cukup bermakna. Maha Suci Allah, manusia tidak dibiarkan terkapai-kapai mencari matlamat dan pedoman. DikurniakanNya akal buat menjadi pentas manusia menelaah dan memikirkan haluan. Dengan akal manusia cuba mengkaji alam ini, kedudukan dan matlamatnya. Akan tetapi, akal lemah untuk mengetahui hakikat kejadiannya. Lemah untuk menerobos melewati sempadan kemampuan yang telah Allah tetapkan tanpa petunjuk sepanjang perjalanan. Maka Allah dengan sifat RahimNya, sekali lagi meninggalkan tunjuk arah dan papan tanda bagi membimbing manusia daripada jalan kesesatan. Inilah yang disebut oleh Rasulullah dalam hadisnya yang masyhur,
“ Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, Kamu tidak akan sesat selagi Kamu berpegang kepada keduanya, - Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya. ”
Maka dipulangkan kepada manusia untuk memilih samada menyinari kehidupan dengan obor dan sinar yang telah Allah kurniakan, atau terus menyusuri lorong gelap dan menyesatkan.
MANUSIA HIDUP DENGAN TUJUAN
Manusia tidak dilahirkan ke dunia melainkan untuk memenuhi dua tuntutan utama. Tuntutan pertama adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah.
“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi,” ( Al-Baqarah ; 30 )
Bersyukur kita kerana telah dibuka jalan untuk merintis tuntutan pertama. Dukacitanya tuntutan tersebut tidak berdiri tunggal. Ia hanyalah ibarat sebelah kaki untuk berjalan menggagahi peredaran zaman. Tanpa sebelah lagi kaki, tempang dan cacatlah perjalanan. Maka kita tertanya-tanya, apakah kaki yang sebelah lagi?
“ Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia, melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu. ” ( Az-Zariyat ; 56 )
Garis panduan memimpin bukanlah dengan membuta tuli. Bukan ikut suka hati. Dan bukan ikut telunjuk orang itu dan ini. Tetapi menjadi pemimpin hendaklah didasarkan atas sifat pengabdian kepada Allah, dengan menyuruh kepada suruhanNya dan mencegah daripada yang dicegah olehNya. Maka dengan kedua-dua belah kaki, sempurnalah manusia untuk berlari laju mengejar matlamat akhir dan kekal abadi.
MENCARI FORMULA TERBAIK
Kita dijadikan pemimpin dalam era yang cukup mencabar. Seribu satu masalah datang bertandang dan menuntut penyelesaian. Maka kepala yang tidak gatal digaru, mencari formula dan resepi terbaik mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum, mengelakkan masalah kelakuan sumbang dan itu dan ini. Alangkah indah dan mudah andai disedari bahawa di setiap rumah orang Islam terdapat sekurang-kurangnya satu buku formula yang maha lengkap, buku jawapan yang maha syumul dan buku panduan yang tidak ada tolok-bandingnya.
“ ..dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (darinya)? ” ( Al-Qamar ; 17 )
Hanya satu alasan yang boleh diberikan untuk tidak menuruti buku panduan ini. AKU TIDAK YAKIN DENGAN ISI KANDUNGANNYA!
Bukankah untuk memupuk perpaduan dan persefahaman Allah mengajar kita,
“ Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri,” ( Al-Imran ; 64 )
Bukankah untuk mengelak kelakuan sumbang Allah menyebut,
“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’ ; 32)
“Katakanlah kepada orang laki-laki dan perempuan yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya (dari melihat yang dilarang), dan memelihara kemaluannya (kehormatannya) ; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. " (An-Nur ; 30)
Malah Allah mengajar kita tentang dasar-dasar kepimpinan,
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (An-Nisa’ ; 58)
Nah! Tiada masalah lagi!
KEMBALI KEPADA FITRAH
Sesungguhnya Islam merupakan agama Allah yang lengkap, dapat memenuhi keperluan manusia dan menyelesaikan masalah tanpa batasan masa, tempat dan suasana. Keyakinan ini ditunjangi oleh beberapa ciri yang mendasari Islam itu sendiri;
1. Rabbani
Islam itu sumbernya daripada Allah, dan matlamatnya kepada Allah. Islam diturunkan oleh Allah yang mencipta manusia itu sendiri, jadi tidak boleh tidak yang mencipta itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk yang diciptaNya.
2. Syumuliyyah, Waq’iyyah dan ‘Alamiyyah
Islam adalah agama yang syumul atau lengkap, manhajnya meliputi segala sudut dan aspek, dan ia bersifat waq’iyyah dan ’alamiyyah, realistik dan sesuai untuk setiap tempat dan waktu.
3. Kemanusiaan Sejagat dan Keadilan Mutlak
Islam adalah untuk manusia sejagat, turunnya sebagai hidayah dan rahmat untuk sekalian alam tanpa mengenal sempadan bangsa, keturunan, status sosial dan tempat. Kerana ia bersifat Rabbani atau ketuhanan, ia tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau assobiyah kaum. Keadilan yang ditegakkan Islam meliputi agama, maruah, nyawa, akal dan harta adalah untuk semua. Malah Islam memelihara hubungan persaudaraan dan menggalakkan kerjasama dan bertoleransi.
Fitrah manusia dilahirkan sebagai seorang Islam, nescaya perlulah kita kembali kepada asal-usul dan fitrah penciptaan kita. Amatlah wajar dengan semangat Maulidurrasul ini kita kembali menyelusuri jalan yang lurus dan lapang, yang telah susah-payah dibawa dan diajar oleh junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, dengan harapan akan diiktiraf sebagai umatnya dan diberi ruang bersama dengan Baginda di kehidupan yang kekal abadi.
“ Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,” ( Ar-Rum ; 30 )
Generasi kita bukanlah generasi yang lemah dan lesu. Generasi kita punya nilai intelek dan keupayaan. Generasi kita punya maruah dan harga diri. Generasi kita punya tunjang dan pedoman. Nescaya, marilah bersama-sama kita mendukung aspirasi dan suara mahasiswa generasi kita ke arena antarabangsa, memacu dan menerajui keunggulan umat terpilih ini.
Apa guna pada neraca,
Kalau penimbangnya tidak jujur,
Andai ada benarnya bicara,
Sudi-sudilah diambil kira,
Andai ada tersalah tutur,
Ampun maaf ikhlas dihulur.
Banyakkan Berselawat, Selamat Beribadah.