:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Friday, January 23, 2009

Optimumkan Yang Sedikit, Baru Jadi Bukit..

..too busy to exercise..

Bila menyedari yang tenaga sikit, harta tak banyak dan tenaga kurang, ketika itulah pendukung Islam kena belajar untuk memastikan yang sedikit itu dioptimumkan. Seorang sahabat bertanya kepada saya,

"Apa pendapat abang tentang infaq?"

Dengan menyelitkan skil andaian berhubung kenapa dia bertanya soalan sebegitu ganjil, saya menjawab, "Kalau 5% dari PTPTN disumbangkan untuk Palestin, apa yang boleh dibeli dengan duit tersebut? Mungkin picu M16. Tapi kalau duit tersebut digunakan untuk menaja atau menganjurkan program kesedaran, apa agaknya mampu dibeli hasil kesedaran dan sumbangan orang lain selepas program? Mungkin sebiji kereta kebal."

Begitulah hakikatnya. Bukan perkara ini tidak disentuh oleh Islam. Dalam usul fiqh disebut. Dalam hadith disebut. Dalam kata pujangga disebut. Tapi kadang-kadang leka menghasilkan lupa. Teringat celoteh Tuan Haji Khairan, Pengarah SIRIM merangkap Pengerusi Yayasan Amal Sabah dalam mesyuarat gabungan NGO-NGO Islam tadi. Katanya,

"Kalau ikutkan saya ada jemputan dari delegasi yang datang dari seluruh dunia tadi. Mereka datang buat kunjungan hormat. Tapi saya suruh Timbalan saya yang pergi. Sebab pergi sini confirm dapat pahala. Kat sana tak tahu lagi. Entah-entah kena suruh karaoke pula,"

Beliau memilih untuk tidak meraikan delegasi kunjungan hormat peringkat antarabangsa sebaliknya hadir ke mesyuarat gabungan NGO-NGO untuk menerangkan tentang program Malam Bersamamu Palestin yang telahpun siap persediannya 100%, dan tidak ada kesan pun jika beliau tidak hadir ke mesyuarat tersebut memandangkan Pengarah Program, Abang Saifuddin telah hadir mewakili Yayasan Amal. Semuanya kerana beliau yakin impak atau kesan program tersebut lebih utama dan penting berbanding mengukir senyum di wajah tetamu 'mat salleh'nya.

Kepentingan jamaah mesti diletakkan pertama berbanding kepentingan individu. Maslahat umum mesti diutamakan berbanding maslahat untuk diri sendiri. Keperluan gerakan semestinya lebih aula daripada kehendak peribadi.

Cikgu Jamil juga bersuara dalam mesyuarat tadi, tidak berpuas hati bagaimana ahli-ahli akademik di bidang agama tidak memberikan komitmen penuh dalam program yang dianjurkan, misalnya program Konvensyen Dakwah JAKIM. Lalu otai dakwah, Haji Khairani mencelah lagi,

"Pendukung Islam tidak diukur pada jurusan tetapi pada komitmen untuk menjunjung Islam dan berkorban untuknya."

Saya percaya perkara sama boleh diletakkan sebagai kayu ukur pendukung Islam di kampus. Pembarisnya bukan lama mana telah mengikut usrah, berapa tamrin yang berjaya diharungi, malah berapa kali seminggu bangun qiam atau berapa juzu' Quran dibaca sehari. Tetapi pembarisnya ialah pada natijah, sejauh mana pengorbanan dizahirkan melalui perbuatan.

Sekali lagi, saya garapkan contoh yang mudah difahami. Memberi sokongan pada program Nisa' Games tentu sekali lebih bermakna daripada mengharung lautan untuk belajar mengurus virus bergelar cinta. Menjadi jawatankuasa atau menyampaikan persembahan dalam satu program kesedaran masalah ummah pasti sekali lebih utama daripada menaiki feri berjumpa ustaz selebriti.

Kepentingan jamaah mesti diletakkan pertama berbanding kepentingan individu. Maslahat umum mesti diutamakan berbanding maslahat untuk diri sendiri. Keperluan gerakan semestinya lebih aula daripada kehendak peribadi.

Saya yakin mesej saya sampai, kerana yang jadi kontroversi, ialah Tok Guru yang erti hidupnya bukan untuk menerima dan bukan untuk sendiri, tetapi erti hidupnya pada memberi.

* Ya Allah, untuk sahabat-sahabatku yang mengorbankan kepentingan diri untuk agamamu, kau pertemukan dan kekalkanlah mereka di dalam syurgamu bersama dengan orang yang mereka tangguhkan pertemuan di dunia, insyaAllah.. :)

Thursday, January 22, 2009

Sejarah Palestin - Mudah & Komprehensif


Dalam banyak-banyak penulisan tentang sejarah palestin ana dapati penulisan ini antara yang basic dan mudah difahami. Moga ada manfaat buat 'pejuang-pejuang Palestin' di bumi berbeza(maaf tak edit)..


Sejarah Palestin


Cerita pasal Palestin ni berkait dgn terlalu banyak benda seperti gerakan Yahudi Sedunia, bagaimana Yahudi influence US/British dsbgnya. Cerita ni boleh disampaikan dalam 2 fasa, satu sejarah Palestin silam dan moden.


Sejarah Silam


Palestin adalah tempat yg bermakna utk umat Islam kerana kat situlah pusat kenabian.. ramai nabi nabi yg diturunkan di situ, atau paling kurangpun berkait dgn palestin. org yahudi claim palestin, antara alasannya, mereka adalah penduduk asal di situ. namun, mengikut kajian sejarah, penduduk asal di situ adalah kaum Arab yg diberi nama Kanan (Kan-An) yg menetap pada 2500 s.m.


Sejarah kenabian di palestin bermula dgn nabi Ibrahim. kita semua ingat bagaimana nabi Ismail ditinggalkan kat mekah, dan asalnya mata air zam zam. Nabi Ibrahim bukanlah bangsa Israel. Slps Ibrahim, ada nabi Ishak yg kekal di palestin dan nabi Ismail pula di Mekah.


Bani Israel adalah keturunan dari nabi Yaakub, termasuklah anak anaknya, cucu cicit... (Israel : org yg berjalan malam) . nabi Yaakub menetap di palestin. anak nabi yaakub ada sorang nama Yahuza.. di situlah asalnya nama Yahudi. kita tahu cerita bagamana anak nabi yaakub, nabi yusof dikhianat oleh abg abg dia, ditinggalkan kat pdg pasir dan kemudian diselamatkan dan dibawa ke mesir. selepas nabi yusof jadi pemerintah kat mesir, beliau jemput nabi yaakub dan keluarga dia pindah ke mesir. Pusat kenabian skrg berpindah ke mesir, sehinggalah kepada zaman nabi Musa dan firaun.


Nabi Musa lepas melarikan diri dari Firaun melalui laut merah tu membawa rakyatnya (bani israel) kembali ke palestin. namun org yahudi tak nak masuk palestin (degilnya..) sebab masa tu ada org lain perintah palestin. jadi, Allah sesatkan diorang selama 40 tahun. pada waktu tu, Nabi Musa dan Harun wafat. Nabi Yusa' (dikenali sbg Joshua) adalah nabi yg memimpin Yahudi masuk baliik ke Palestin slps itu (1190 s.m.).


Dlm Quran ada disebutkan kisah nabi daud dan tentera Raja Talut. raja Talut memberi takhta kpd nabi daud sbg raja di palestin, dan start dari sini, bermulalah kerajaan yahudi di palestin. Nabi daud tukat nama bandar pemerintahan kat situ, asalnya Madinatussalam kpd jerusalem (Hebrew) - 995 s.m.


nabi Daud digantikan oleh nabi Sulaiman, dan pada ketika inilah zaman kegemilangan Yahudi sebab kita tahu betapa besarnya kerajaan nabi sulaiman (menguasai jin dsb) dan mereka percaya nabi sulaiman ada bina temple (nama: Haikal temple) kat Jerusalem.


slps nabi sulaiman wafat, Palestin terbahagi kpd 2, pertama ialah kingdom of Israel, yg ditewaskan oleh Parsi kemudiannya. satu lagi ialah Kingdom of Yahudi yg tewas kat Nebuchadnezar. Yahudi dihalau ke Iraq dan tak dibenarkan masuk lagi. (500-an s.m.)


pemerinatahan bertukar tangan dari Parsi ke Alexander The Great ke Rom (63 s.m.) sehinggalah Umar Al-Khatab ambil Palestin pada tahun 638 m. Dari situ, kita boleh lihat, yahudi cuma menjadi kerajaan kat Palestin cuma 4 kurun saja.. dari nabi daud hingga sblm nebuchadnezzar (1104 s.m. - 586 s.m) sementara umat islam perintah slps umar selama 12 kurun.


Sejarah Moden


Napoleon Bonaparte adalah org yg bertanggungjawab mambawa kembali jews ke Palestin pada 20 April 1799... iaitu seramai 5000 org. Tujuannya adalah utk mengkucar kacirkan kerajaan Uthaminiyyah. selepas WW1, Yahudi di Palestin cuma 55,000 (8.4%), selebihnya adalah Arabs.

Sejarah moden ni boleh dibahagikan kpd 6 fasa:


Fasa 1: 1880 - 1917


Pada tahun 1897, ditubuhkan World Zionis Organization (pertubuhan yahudi sedunia) dan congress pertama diadakan di Swiss pda 27-29 Ogos 1897. British dikempen supaya menyokong pertubuhan tersebut. Sebelum WW1 (1914-1918), kerajaan Uthamniyyah melarang org yahudi beli tanah di Palestin tapi larangan tersebut ditarik balik selepas itu.


Semasa WW1, British tlh buat perjanjian dgn 3 pihak. perjanjian dgn France dan Russia ttg pembahagian kawasan kemenangan (kalau mereka menang), perjanjian dgn Raja Hussin supaya tolong lemahkan kerajaan uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme (kalau berjaya, bagi palestin) dan terakhir dgn Zionis yg ketika itu menguasai Amerika. tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam perang dan sbg balsaan, akan diberikan Palestin kpd mereka. Ini dinamakan 'Belfa' declaration.


Fasa 2: 1917-1948


kawasan Palestin dikenali sbg trans Jordan ketika itu. pada tahun 1924, kerajaan uthmaniyyah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat islam tak ada sistem khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (belum ada PBB) disuruh menerima 'Belfa declaration' anatar British ngan Yahudi. pada 24 Julai 1922, declaration tu diterima dan yahudi masuk palestin semakin ramai. High commisioner British di palestin adalah org yahudi. tekanan spt cukai tanah yg tinggi dikenakan kpd org penduduk palestin supaya mereka jual tanah mereka. pda waktu ini, Jihad Palestin mual ditubuhkan.


Bermula tahun 1929, umat islam di sana mula bertempur dgn pihak British. fatwa haram menjual tanah kpd yahudi dikeluarkan tahun 1935. sepanajang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal. British keluarkan kertas putih yg menyatakan kerajan palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (which is 1949), yg diperintah oleh Arab dan yahudi.


Tahun 1944, cuma ada 75000 org yahudi di palestin dan British berjanji bahawa tak akan ada lagi org yahudi yg akan masuk ke paletsin kecuali dgn izin org arab kat situ. Org arab suka hati sebab kerajaan nanti mestilah akan dapat dikuasai.


Slps WW2, tahun 1947, British membincangkan isu palestin di PBB. resolusi 181 PBB menyatakan yg PBB bercadang bahagikan Palestin kpd 2, 55% daripada kawasan diberi kpd yahudi (yg cuma 33% drp population) dan selebihnya kpd Arab. Walaupun ternyata pembahgian tak ikut logic, yahudi masih tak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. ikhwanul Muslimin mula masuk berperang di palestin ketika ini. Pada 14 mei 1948, Israel diisytiharkan sbg negara dan Arab diusir beramai ramai.


Fasa 3: 1949 - 1967


Yahudi meluaskan penguasaan, berjaya menguasai seluruh Palestin, semenanjung sinai dan Golan. mereka merancang nak menubuhkan Israel Kubra (the great Israel) yg meliputi kawasan ni termasuk iraq dan madinah krn mereka pernah menetao di sana. Yaser Arafat menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan revolusi utk menentang Yahudi pada tahun 1957. PLO ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili org palestin.


Fasa 4: 1967 - 1987


PBB mengeluarkan resolusi 3236 pada tahun 1975 yg menyatakan hak org Palestin menubuhkan negara di Palestin. tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan East palestin dgn israel, dan israel kalah teruk. perang tu dinamakan 'Peperangan Karamah'. Tahun 1987, PLO yg diketuai oleh yaser arafat tukat cara, daripada arm struggle kpd negotiation.


Camp David adalah perjanjian antara Mesir dan Israel pada tahun 1978. israel bersetuju withdraw dari Palestin, dgn syarat Israel diiktiraf. waktu tu, semangat org arab JATUH teruk. tahun 1987, HAMAS ditubuhkan (skrg, HAMAS berada dalam list terrorism). Hamas ditakuti oleh org yahudi kerana penyertaannya adalah dari golongan pelajar dan profesional.


Fasa 5: 1987 - 2000


perang teluk menyebabkan bantuan negara negara Arab kpd pejuang di palestin dihentikan. maka perjuangan di pelstin tak ada support dari segi kewangan terutamanya.


thaun 1993, ada perjanjian damai OSLO di mana PLO (yaser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Jericho. Adakah ni petanda yg bagus? bagi org Yahudi, mereka tidak memerlukan tempat tersebut krn bagi mereka, tempat tempat tersbut adalah celaka. Arafat pula cuma mentadbir 5 perkara iaitu kesihatan, pendidikan, special affair (perkahwinan dsb), cukai dan pelancongan. urusan lain diuruskan oleh israel. kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan. HAMAS jadi serba salah sebab nak serang israel, tapi takut berlawan ngan org Islam sendiri. Perumpamaan yg boleh dibuat adalah ibarat, kita ada sebuah rumah yg cantik. lepas tu org dtg, masuk rumah kita dan usir kita keluar. lepas tu buat perjanjian dgn kita, OK, kita boleh duduk tapi kat kawasan sampah jer. dan kalau ada org nak ceroboh rumah, kita kena tangkap org tu.


pada 18 Mei 1994, Palestenian Authority (bukan government) ditubuhkan. kerajaan baru ni diiktiraf oleh certain countries tapi tak diiktiraf oleh negara negara spt US, UK.


semasa pentadbiran Clinton dulu, 4 kementerian diketuai oleh Yahudi... antaranya Finance, Luar Negara (Albright), Defence. drp 11 org senat, 7 org adalah Yahudi. Director of CIA skrg adalah Yahudi.


Fasa 6: 2000 - sekarang


pada 28/9/2000, sharon bercadang utk menziarahi Al-Aqsa. maka berlakulah Intifadah yg ke-2. Ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang yahudi. Dulu, penentangan adalah atas dasar semangat kebangsaan Arab, skrg atas nama agama. kalau dulu 25 org yahudi mati, barulah 1 palestin meninggal.. skrg, 3 org palestin sama dgn 1 yahudi.


Al-Quds


dalam Al-Quds terdapat Masjid Al-Aqsa, Dome of Rock, masjid Umar dan gereja Kiamat. org kristian percaya yg nabi Isa dikebumikan di gereja kiamat ni. pemegang kunci bagi gereja kiamat ni adalah org islam daripda keluarga Nusaibah (hingga ke hari ini). terdapat 4 tembok keliling kota ni. satu tembok dibina oleh kaum Kan-An (puak pertama), nabi Sulaiman, Raja herdos dan satu lagi Kerajaan Uthmaniyyah. terdapat 8 pintu utk masuki kota ni.


Semasa Israk dan Mikraj, Rasulullah saw mengikat Buroq di salah satu tembok tersebut. kalau kita tgk dalam TV, Yahudi ada upacara dia kat satu tembok ni.. itulah tembok yg dimaksudkan. di bawah tembok tersebut, org Yahudi gali lubang beralasan nak cari haikal sulaiman dulu....


jadi, apa peranan kita sbg umat Islam? kita kena sedar yg perjanjian terbukti tidak membuahkan sbrg hasil. yahudi berkali kali langgar perjanjian dan tak buat apa yg dijanjikan. yg pertama sekali yg kita kene buat, adalah dgn doa kita utk Palestin, beri sumbangan skdr termampu, boikot barangan yg terlibat dgn Israel dan yg penting, menggabungkan diri kita dalam kelompok org islam.


Wallahu 'alam.


Sumber : http://sogerk.multiply.com/journal/item/38/Sejarah_Palestin_

Laman Rasmi FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2009


LAMAN RASMI FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2009 :
http://fki09.blogspot.com

SEMUA PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN DIMINTA MENGHUBUNGI KETUA PENGARAH SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENDAPATKAN KATA LALUAN KE LAMAN INI UNTUK TUJUAN KEMASKINI MAKLUMAT / PENGUMUMAN BAHAGIAN MASING-MASING.

PENGUNJUNG-PENGUNJUNG LAIN DIALUKAN MENDAPATKAN INFORMASI BERHUBUNG FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2009 ANJURAN IKATAN SAHABAT EKSAH UMS DAN EKSPO PRODUK HALAL ANJURAN EXCO KEUSAHAWANAN DAN KEPENGGUNAAN DI LAMAN INI. TERIMA KASIH.

Monday, January 19, 2009

Boikot Barang Israel - Yusuf Qardhawi

Boikot Barangan Israel!


Bismillahirrahmanirrahim..


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.


Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?


Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.


Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.


Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.


Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!


Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Sunday, January 18, 2009

Hijau Bumi Jaddah


Jaddah,
Sayangnya nyawamu tidak bersisa,
Kerana jika hari ini,
Nafasmu masih ada,
Tentu kau menyanyi gembira,
Tentu kau bergurindam berseloka,
Tentu kau melompat setinggi purnama.

Kerana hari ini,
Islam kembali mewarna bumi pusaka,
Bumi tempat kau melakar hidup dan mencorak anak bangsa,
Bumi tempat darahmu jatuh melahirkan pejuang muda,
dan peluhmu mengalir membasahi jasad tua.

Hari ini,
Sejarah telah tercipta,
Kaki semakin deras melangkah menuju janji Yang Esa,
Janji yang Islam takkan rela dihina,
Janji yang Islam tempatnya sebagai juara,
Janji yang Islam akan di puncak jaya.

Hari ini,
Bumi hijau oleh ketenangan,
Menghapuskan daki kotoran dan lumpur keji,
Yang dibawa oleh merah amarah dan biru yang menuju su'ul khatimah.

Hari ini,
Perjuanganmu mendukung Islam selama seusia, tidak sia-sia,
Kerana kampung kecil tempat kau berpencak, bersilat dan berkorban segala,
Kini kembali ke tangan kita.

Jaddah,
Kami akan teruskan hayunan langkahmu,
Sehingga sepertimu jua kami bersemadi,
Menanti hari abadi.

Al-Fatihah..

Saturday, January 17, 2009

PPMK-Sebuah Buku, Sepanjang Kehidupan

'Tiga amal yang akan berterusan mendapat manfaatnya walaupun setelah mati, iaitu anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal jariah,'



Program Pembangunan Masyarakat Kampung (PPMK) diteruskan lagi dengan susulan untuk mewujudkan Perpustakaan Mini di kampung rintis, iaitu Kampung Kobuni, Inanam. Hajat golongan muda kampung atau 'tanak wagu' kepada pembaikan dan pembaharuan, tidak boleh tidak, perlu didasarkan atas ilmu. Dan jambatan memperoleh ilmu, sehingga ke hari ini, masih lagi melalui pembacaan.

Menyedari ketidakmampuan kami bergerak sendiri bagi memenuhi tuntutan ini, kami melontarkan sedikit pengharapan, yang bukan dihajatkan dalam bentuk tenaga, masa atau nyawa. Yang dihasratkan ialah sumbangan buku-buku terpakai buat mengisi kekosongan perpustakaan mini yang baru diwujudkan. Tentu sahaja banyak jalan untuk membuka ruang bersedekah kepada diri sendiri, samada mengintai buku-buku lama di rak kawan, mendapatkan buku berharga semurah RM0.50 di Promosi Buku DBP dan banyak lagi. Lebih baik afdhal jika buku yang dapat disalurkan ialah buku-buku agama, atau buku-buku rujukan akademik terpakai, dengan harapan keduanya saling seimbang-menyeimbangi, selain ia tentu sekali lebih menepati tuntutan amal jariah dan ilmu yang bermanfaat sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi sebagai amal yang berkekalan. Kami tidak cenderung untuk menerima buku-buku atau komik yang tidak bermanfaat kepada pembangunan intelek dan jiwa remaja.

Atau jika ada yang merasakan sumbangan buku semata tidak cukup untuk menghampirkan diri kepada Pencipta, atau tidak memadai buat melafaz syukur kepadaNya, sangat dialu-alukan untuk bersama-sama kami membangunkan rohani generasi baru ini dengan qiam dan kelas Iqra', menghidupkan kecintaan pada ilmu dengan kelas ABC dan tuisyen percuma, yang insyaAllah bukan semata meraih ucapan 'ponsikow-terima kasih' daripada penduduk, tetapi juga kepuasan kepada diri sendiri bila matlamat hidup untuk memberi dapat terisi.

Serahan buku atau maklumat lanjut, bolehlah menghubungi-

Arif : 0166249322 atau Faez : 0195374801, yang telah menginfakkan diri mereka untuk memungut buku dari seantero Sabah dan semenanjung :)

Selamat Beramal!

Friday, January 16, 2009

Dan Jalannya Ialah Tetap Sabar..


Manusia mudah terkesan bila sesuatu yang disebut samada meremehkan dirinya, atau menyatakan kelemahannya, atau meletakkan usaha yang dibuatnya bersungguh-sungguh seolah-olah seperti tiada nilai. Pastinya pada diri penulis, dan mungkin pada diri pembaca, juga ada kecenderungan terhadap perkara yang sama.

Manusia juga ada yang diberikan kelebihan bercakap dan mencari hujah, tapi kadangkala tidak digunakan sebaiknya. Hanya digunakan buat menyokong ideologi buta, pandangan sesat atau pendirian yang tidak berasas. Selain melancarkan peluru-peluru buat melunas dendam kesumat.

Manusia susah mengaku kelemahannya. Manusia mahu dirinya dihargai. Manusia mahu pandangannya diterima. Kerana ini semua fitrah manusia. Tiada salah pada penciptaan manusia. Tetapi silapnya bagaimana kehidupan dibentuk. Apa asas yang diletakkan. Apa ukuran yang digunakan. Apa matlamat yang dituju.

Hakikatnya manusia lemah. Hakikatnya manusia lupa. Hakikatnya manusia silap. Hakikatnya manusia mampu berkata tetapi sekadar meniti di bibir, beretorika dan bermanis muka.

Jika IKHLAS menjadi pegangan, nescaya tidak perlu pada penghargaan manusia. Jika IKHLAS jadi ukuran, tiada masalah dicaci dihina. Jika IKHLAS jadi matlamat, tiada perlunya pada hujah dan omong-omong tak bermakna. Dan semuanya disulami dengan SABAR buat alas, pelindung depan dan belakang, tutup di kepala.

Manusia itu bila ia jadi teman ia adalah teman yang paling setia. Tapi bila ia jadi 'lawan', jangan sesekali biarkan ia menjadi penghalang pada perjuangan.

Lama dimamah usaha dan usia, aku sangka IKHLAS dan SABAR sudah sebati dan senada di jiwa. Malam ini aku sedar diriku masih dinoda oleh dosa-dosa khurafat dalam gerakerja.

Sahabat, andai di jalan ini ada silap langkah yang buat kita terpisah, ada silap kata yang buat kita bermasam muka, ada tindakan yang buat kita bermusuhan, doakan paling lama ia setakat di dunia sementara.

Abang2ku, Adik2ku, Kakak2ku, kalau bukan di dunia tempat kita berukhwah, doakan aku dan engkau, dapat bertemu dan bertamu di Syurga, agar di sana, kita berukhwah, berkasih-sayang dan bersama selama-lamanya.

Maafkan aku, aku hanya manusia, teruskan berjuang..

Monday, January 12, 2009

Boikot Berstrategi - Ambil dan Edar




Tumpukan Boikot Barangan2 Ini, BERMULA 12 JANUARI HINGGA 12 JULAI 2009. Sasaran - LUMPUH!! Post di Blog ANda!

Thursday, January 8, 2009

Panduan Usrah Sekolah 4 Dummies


Panduan Usrah Sekolah


Pengenalan

Sekali lagi sesi persekolahan bermula. Sekolah-sekolah yang lazimnya subur sebagai ladang ternak tuai generasi baru pendukung nusa bangsa hidup dengan kehadiran peladang-peladang samada, Peladang Tanpa Izin atau Peladang Berdaftar. Lubuk-lubuk emas menjadi tumpuan. Satu atau dua terlepas ke tangan peladang yang menabur benih tumbuhan lain. Kadang-kadang menjadi kemuncup dan kadang-kadang menjadi beringin tempat tumpang memanjat untuk mendapatkan nur Ilahi.

Maka berduyun-duyun juga soalan datang menanyakan itu dan ini, ada yang relevan dan ada yang memelikkan. Apapun, penulis menghasilkan kertas kerja ringkas ini buat panduan mereka yang baru berhasrat menabur benih di bumi baru, atau menabur benih tetapi hasilnya lemah dan layu;



Cara Masuk


Adapun cara masuk ke sekolah itu ada dua jalan, yang pertama dipanggil jalan depan, dan yang kedua jalan belakang,



1. Jalan Depan

Jalan depan ini didapati dengan cara berurusan dengan pihak sekolah secara formal, samada dengan kertas kerja, menggunakan platform rasmi atau stand ‘follow-up’ kepada program-program yang pernah dianjurkan di sekolah tersebut seperti Kem Remaja Islam dan sebagainya.


2. Jalan Belakang

Jalan belakang lebih mudah dilaksanakan tetapi lebih berisiko, dan tidak terlalu berprotokol. Ia didapati dengan cara berhubung dengan ustaz atau ustazah yang dikenali dan seladang dengan anda di mana-mana sekolah, dan pertemuan dengan anak buah diatur oleh orang tengah tersebut. Satu lagi cara ialah dengan melepak di surau-surau sekolah pada waktu solat, dan mengatur pertemuan dengan anak buah yang berhamburan di segenap ruang surau. Adapun cara ini lebih cenderung digunakan oleh peladang dari ladang yang tidak mempunyai personal influence atau networking yang baik. Ia juga hanya boleh digunakan di sekolah-sekolah yang agak terbuka.



Marhalah Anak Usrah


Marhalah anak usrah di sekolah terbahagi kepada lima, yang mana ia afdhal diikuti mengikut urutan, dan bergerak menaiki marhalah seterusnya mengikut kesesuaian masa dan potensi anak usrah:


1. Marhalah Makan

Mulakan mendekati anak buah anda dengan membawa sedikit buah tangan berupa makanan seperti sanggar, keropok lekor dan makanan ringan. Ia khususnya berkesan dalam mendekati anak buah dari sekolah berasrama. Lebih daripada itu, ia menepati hadis Nabi yang menggalakkan bertukar-tukar hadiah sebagai cara mengikat kasih-sayang.


2. Marhalah Bahan

Apabila anak buah mula seronok dengan kehadiran anda, mulakan memberi mereka bahan-bahan yang menarik. Bahan-bahan boleh jadi risalah yang dihasilkan oleh kampus atau bahan-bahan lain yang dihasilkan sendiri. Biarkan bahan simple dan menarik, tidak perlu panjang dan sentuh isu-isu yang melibatkan mereka seperti isu cinta, pengurusan masa dan sebagainya.


3. Marhalah Kawan

Lama-kelamaan anak buah akan mula mempercayai naqib dan berkongsi kehidupan dan masalahnya dengan naqib. Ketika ini, naqib dan anak buah terikat sebagai kawan. Di marhalah ini, banyakkan bergerak ke arah dakwah fardhiyyah ke atas anak buah yang tampak berpotensi untuk dikembangkan.


4. Marhalah Kefahaman

Di peringkat ini, anak buah akan menghadiri usrah atas dasar kefahaman akan perlunya mereka membekalkan diri dengan kefahaman asas Islam, dan kehendak kepada peningkatan diri dan amal.


5. Marhalah Perkaderan

Marhalah ini adalah tahap tertinggi, di mana anak buah melepasi semua marhalah dan masak untuk terjun ke lapangan dakwah yang sebenar, membentuk kumpulan dakwah bersama naqib untuk mengembangkan Islam ke lain-lain ladang.


Kaedah Pembawaan


Kaedah perjalanan usrah di sekolah sangat fleksibel, tetapi memerlukan kreativiti dan persediaan yang baik daripada naqib. Pelajar sekolah lazimnya meminati penerangan dalam bentuk aktiviti atau bergerak. Misalnya, jika anda menggunakan buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, gunakan modul Kambing, Tali dan Pokok untuk menerangkan bab aqidah, dengan meminta anak buah menyediakan kertas dan pen, melukis gambar berkenaan sebelum meminta penerangan. Atau untuk menerangkan bab kewajipan berkeluarga mengikut Islam dan menjaga keluarga daripada azab, lakukan aktiviti di luar, minta anak buah melukis gambar orang-orang yang paling disayangi, kemudian bakar lukisan mereka satu demi satu. Ini tentu meninggalkan impak yang mendalam ke atas mereka dan penerangan tentang perlunya menghiasi keluarga dengan Islam akan lebih mudah dihadam. Paling penting, jadikan kupasan anda tentang apa-apa tajuk berbentuk semasa dan santai, dan jangan sesekali mengadakan usrah dalam bentuk talaqqi kitab.


Peringatan Penting


1. Ikatan yang paling ampuh mengikat anak buah dengan naqib ialah kasih-sayang. Sentiasa dekati mereka dengan sentuhan, ikat mereka dengan senyum dan salam, berhubung dengan mereka pada waktu cuti. Seperti yang biasa kita dengar, The golden rule is, “People do not care how much you know until they know how much you care,”. Kita menuju untuk mengikat mereka dengan aqidah, tetapi ia tentu mengambil masa.

2. Lazimi menggunakan pendapat yang berat untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh anak usrah. Misalnya, gunakan pendapat merokok adalah haram apabila ditanya hukum merokok, dan pakai pendapat bercinta adalah haram. Dekati anak buah secara individu untuk memberikan penjelasan terhadap pendapat yang lebih ringan.



Penutup


Panduan yang dikemukakan adalah berdasarkan waqi’ di Sabah. Walaubagaimanapun, ia tentunya tidak boleh dipakai seratus peratus tanpa diubah suai. Kertas kerja yang paling baik untuk para nuqaba’ ialah pengalaman, jadi jangan teragak-agak untuk mula mencuba. Tunjukkan teladan yang baik di mana sahaja, samada di depan anak buah atau tidak, ia pasti akan memberi kesan pada penyampaian. Hiasi peribadi dengan akhlaq mulia, dan perteguhkan kata-kata dan nasihat yang dilontarkan dengan qiamullail. Bagi yang berminat untuk mencuba bakat dalam sektor perladangan ini, bolehlah berhubung dengan penulis.


Selamat Berusrah!

Tuesday, January 6, 2009

Tak Usah

Kita bercakap soal perjuangan,
Tapi hati jauh dari Tuhan,

Kita sibuk mentarbiyyah insan,
Sedang amalan jadi olok-olokan,

Kita di depan menyelak Al-Quran,
Tapi berbual kosong jadi kebiasaan,

Kita katakan Hadis sebagai sumber,
Tapi selalu membuang masa di depan komputer,

Kita berprogram sana-sini,
Pulang ke kampus, berjam-jam menonton animasi,

Kita berusrah berkali-kali,
Tapi berkorban tak sepenuh hati,

Jauhnya bumi ini, jauhnya,
Dari disinari cahaya Ilahi,

Panjangnya, panjangnya jalan ini,
Sebelum Islam di tempat tertinggi..

Sahabat,

Tak usah hebat memperkatakan tentang hijrah,
Jika hijrah dari bilik ke surau tak mampu dikerah,

Tak perlu berbicara tuk bangkit menentang Yahudi,
Sekiranya bangun di tengah malam tak mampu kau gagahi,

Jangan sesekali menggelar dirimu pejuang,
Jika tak mahu bermujahadah, mengisi jiwa yang tandus dan kontang..


Dedikasi Utk Sahabat-Sahabat ISEUMS di Kg. E, dan lain-lain sahabat, dgn pesan, turunlah berqiam dan berjemaah Subuh di surau, walaupun dengan seorang wakil.. :(

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan