:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Friday, October 31, 2008

Kabinet MPP 08/09

Majlis Tertinggi
1) Presiden: Saudara Azrul bin Ibrahim - SPPS (014-6517287)
2) Timb. Presiden: Saudara Mohd Fazlurrahman b. Mohamad Yusof - SPE (012-2689781)
3) Setiausaha Agung: Saudari Hafiza Syafika bt Mohd Fekeri - SKTM (013-9028332)
4) Setiausaha Kehormat: SaudaraTang Guan Loon - SPKAL (017-5076062/016-8264062)
5) Bendahari Kehormat: Saudari Masturah bt Mohamad Nadzari - SST (014-8737595)
6) Naib Presiden KAL: Saudara Mohd Abdillah b. Mat Lin - SPKAL (019-8701079)
7) Naib Presiden Akademik dan Diplomatik: Saudara Azhar b. Harun - SSS (012-8664932)
8) Naib Presiden Perancangan dan Kemahasiswaan: Saudari Stephanie Yap Su Chen - SPPS (016-6628915)
9) Naib Presiden HELWA: Saudari Nurul Aishyah bt Mohamad - SPTA (017-8085886)


Majlis Eksekutif


10) Exco Kerohanian dan Sahsiah: Nursyabri bin Mat Nor - SST

11) Exco Sukan dan Rekreasi: Mohamad Redwan b. Roujip - SPiKS
12) Exco Akademik dan Kerjaya: Ismayani bt Ismail - SPPS; Tan Beng Hin - SKTM; Wong Seng Qui - SSIL
13) Exco Penerbitan dan Informasi: Muhammad Adam B. Quizon @ Quezon - SPTA; Aizuddin b. Ain - SPKAL
14) Exco Kepimpinan dan Latihan: Azizul b. Julirin - SST; Mohd Hasra b. Ibrahim - SSS
15) Exco Projek dan Protokol: Muhamma Nor b. Madiah - SPE; Yap Kah Jin - SST
16) Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar: Muhd Hazimin b. Awang - SSS; Ooi Christopher - SSMP; Loo Leong Leng - SPKAL
17) Exco Kebajikan, Kesihatan & Kemasyarakatan: Derrick Tanggapan - SPE; Nurul Atiqah bt Mat Nasukhat - SPU; Qatrun Nada bt Mohd Latfi - SPKAL
18) Exco Sains & Alam Sekitar: Nurhidayah bt Muksin - SPPS; Tan Chaa Yeh - SKTM
19) Exco Kebudayaan & Kesenian: Ayu Ruhizah bt Rosly - SPS; Thipan a/l Shanmugam - SKTM
20) Exco Perpaduan Nasional: Khairunisa bt Klem - SST; Chan Xiang Loong - SST
21) Exco Keusahawanan & Kepenggunaan: Muhammad Baihaqi b. Hj Bakri - SPL; Lee Hui Jing - SPE

Penutupan 'Shoutbox'

Salam Jihad Akademik,

Saya ini jenis orang yang suka diberi penjelasan dan suka menjelaskan. Jadi saya tidak semena-mena menutup 'shoutbox' di nurilhakim, malah berhasrat menerangkan tujuan saya berbuat demikian.

Shoutbox di dalam sesebuah blog merupakan ruang meninggalkan mesej-mesej ringkas atau pemakluman tentang suatu perkara. Malangnya kadangkala shoutbox digunakan sebagai ruang untuk menyebarkan kebencian dan kemarahan, hasad dengki dan prasangka, fitnah dan dosa. Golongan yang menyalahgunakan ruang maya yang kononnya 'invincible' ini jelas tidak menghayati seruan Allah dalam suarah Al-Mujaadalah, ayat 7, yang bermaksud;

"Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu." Al-Mujaadalah;6

Di dalam ayat seterusnya, Allah menyebut bahawa golongan ini, tempatnya di neraka Jahannam, sebagai seburuk-buruk tempat kembali.

Justeru bagi mengekalkan tujuan asal dan identiti blog ini sebagai medan dakwah dan muhasabah, selain menjaga maslahat umum, saya berbesar hati menutup ruang-ruang atau saluran yang memungkinkan medan ini disalahguna. Setiap kali merasakan diri jauh daripada hidayah Allah, saya akan bermuhasabah dan memaafkan semua yang di sekeliling saya, selain meminta maaf dan keampunan juga. Hari ini, saya berlapang dada dan memaafkan semua makhluq Allah, dan meminta maaf di atas segala kekurangan. Esok, adalah hari yang baru.

Selamat Berdakwah..

Sunday, October 26, 2008

Mujahid Lahir ke Dunia..

Patah tumbuh, hilang berganti..


> Gambar ihsan senteluk.blogspot.com

Saturday, October 25, 2008

Kesal Forum Bicara Siswa RTM1 sekat kebebasan bersuara

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) - Sebahagian mahasiswa yang mengikuti Forum Bicara Siswa yang disiarkan menerusi saluran RTM1 bertajuk "AUKU: Apa Masalahnya?" melahirkan rasa kecewa apabila dihalang daripada mengemukakan soalan dan menyampaikan pandangan dalam forum tersebut.

"Saya tampil mempersoal Perkara 15 dan 16 AUKU, tetapi dihalang oleh pihak 'tertentu' ketika sesi Q&A (soal-jawab) dibuka. Walhal, pihak-pihak lain dibenarkan menyampaikan pandangan mereka," jelas Que Lin, 24.

Beliau yang juga ahli Student Progressive Front (SPF) memaklumkan bahawa beliau ingin bertanya mengenai AUKU yang bertentangan dengan hak kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan, kesamarataaan di sisi berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan serta ketinggian perlembagaan menurut Artikel 4, dan beberapa perkara lagi kepada ahli panel Dr Yusri.

Beliau yang juga Sukarelawan Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA) juga memaklumkan bahawa beberapa staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan beberapa figur utama Aspirasi mengancam teman-temannya dengan mengambil gambar secara paksaan; hanya kerana mereka memakai baju-T DEMA.

Menurut web pro-mahasiswa USM, Yang Dipertua MPP USM, Muhammad Sukri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Che Mat secara emosional menyelar pemimpin-pemimpin ProM USM kerana tidak tampil berdebat supaya AUKU ini dimansuhkan.

Pengerusi ProM USM ketika dihubungi dan diminta mengulas insiden tersebut, secara sinis berkata, "Orang-orang 'tertentu' yang biasa (berlatih) bersilat sorang-sorang (seorang diri) di dalam gelanggangnya ... selalunya memang syok sendiri dan berasa diri terlalu kuat.

"Biasalah, kerana yang ditumbuk dan tendang (beradu intelektual) oleh mereka adalah angin atau bayang-bayangnya sendiribukan pesaing yang sebenar."

Adi Syahid juga mengalu-alukan seluruh mahasiswa USM dan pemimpin-pemimpin Aspirasi sendiri untuk turut serta dalam Forum Terbuka Generasi Baru dan Masa Depan Malaysia pada Khamis depan.

Seorang mahasiswa Cina lain, Chua Thea Leng, 22 menjelaskan bahawa forum tersebut tidak membahaskan AUKU secara holistik, lebih partisan pada pihak-pihak 'tertentu'.

Beliau juga melahirkan rasa kehairanan tentang sikap penganjur rancangan forum tersebut yang membuka sesi soal-jawab hanya kepada pihak-pihak 'tertentu' sahaja.

Tambahnya, forum tersebut dianggap olehnya tidak dimaklumkan pada peringkat awal kerana tiada publisiti terbuka, seperti aktiviti-aktiviti rasmi lain Universiti.

Beliau sendiri mendapat sms kira-kira jam 7.40 malam semalam dari individu yang tidak dikenali dan mengarahkannya wajib menyertai forum tersebut.

Selain Che Mat, panel forum 'berat sebelah' tersebut turut disertai oleh anggota MPP UUM, Raihanah; dan Timbalan Dekan Perakaunan, Perniagaan dan Pengurusan, Dr Yusserrie Zainuddin.

Dr Yusserrie dalam satu penjelasannya turut menyatakan AUKU tidak ada masalah dari segi undang-undang, hak asasi manusia dan universiti sendiri.

Beliau juga banyak menjelaskan keadilan hak dalam Perkara 15 dan 16 AUKU tersebut menurut disiplin undang-undang yang dipelajarinya.

Perkara 15 AUKU umumnya menjelaskan tentang larangan mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar walaupun aktiviti tersebut yang sah dan selari dengan jaminan hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 16 AUKU umumnya menjelaskan tentang supreme power, walaupun kuasa ini acapkali disalahgunakan oleh pihak-pihak 'tertentu' sehingga meninggalkan liabili negatif kepada NC yang adil; demi menekan aktivis-aktivis mahasiswa yang lantang dalam Universiti.

Forum tersebut bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 10.30 malam semalam.

Pelajar yang hadir menganggap program tersebut sebagai medium merehatkan minda mereka dalam musim peperiksaan akhir semester ini.

Keputusan PRK MPP 08/09

Berikut adalah keputusan bagi Pilihanraya Kampus induk UMS yang telah diumumkan pada 24 Oktober 2008 di Dewan Canselor UMS

Kerusi Umum (7 orang sahaja)

1) Masturah binti Mohd. Nadzari – 4902 (menang)

2) Azrul bin Ibrahim – 4788 (menang)

3) Hafiza Syafika binti Mohd. Fekeri – 4362 (menang)

4) Stephanie Yap Su Zhen – 4333 (menang)

5) M. Fazlurrahman bin M. Yusof – 4185 (menang)

6) Nurul Aishyah binti Mohamad – 4184 (menang)

7) Azhar bin Harun – 3771 (menang)

8) Badri bin Haji Bayani – 3622

9) Azlan Shah bin Abdul Shah – 3435

10) Tan Choon Fei – 3341

11) Mohd. Saifful bin Abdul Manap – 3208

Kerusi Sekolah Sains & Teknologi (5 orang sahaja)

1) Azizul bin Julirin – 1111 (menang)

2) Khairunisa binti Klem – 970 (menang)

3) Chan Xiang Loong – 967 (menang)

4) Yap Kah Jin – 920 (menang)

5) Nursyabri bin Mat Nor – 830 (menang)

6) Claoston Anak Nardon – 637

Kerusi Sekolah Kejuruteraan & Teknologi Maklumat (3 orang sahaja)

1) Tan Beng Hin – 764 (menang)

2) Tan Chaa Yehh – 671 (menang)

3) Thipan a/l Shanmugam – 615 (menang)

4) Mohd. Shairil bin Affandi – 592

Kerusi Sekolah Perniagaan & Ekonomi (3 orang sahaja)

1) Muhamma Nor bin Madiah – 890 (menang)

2) Derrick a/l Tanggapan – 739 (menang)

3) Lee Hui Jing – 619 (menang)

4) Widiawati binti Hussen – 550

5) Norafiza binti A. Kadir – 493

Kerusi Sekolah Pendidikan & Pengajian Sosial (menang tanpa bertanding)

1) Nurhidayah Muksin

2) Ismayani binti Ismail

Kerusi Sekolah Sains Sosial (menang tanpa bertanding)

1) Mohd. Hasra

2) Hazamin

Kerusi Sekolah Psikologi & Kerja Sosial (1 orang sahaja)

1) Mohamad Redwan bin Roujip – 308 (pemenang)

2) Li Yuan Yuan @ Aisyah – 225

Kerusi Sekolah Pengajian Seni (1 orang sahaja)

1) Ayu Ruhizah binti Rosly – 138 (menang)

2) Sharifah Sarina binti Habin Ahmad – 85

Kerusi Sekolah Perhutanan & Tropika Antarabangsa (1 orang sahaja)

1) Muhammad Adam bin Quizon @ Quezon – 202 (menang)

2) Karen Chia Huey Min – 158

Kerusi Sekolah Sains Makanan & Pemakanan (1 orang sahaja)

1) Ooi Christopher – 302 (menang)

2) Farah Nabila binti Azman - 182

Kerusi Sekolah Perubatan (menang tanpa bertanding)

1) Nurul Atiqah binti Mat Nasukhat

Kerusi Sekolah Pertanian Lestari (menang tanpa bertanding)

1) Mohd. Baihaqi bin Haji Bakri

Tuesday, October 21, 2008

Thursday, October 16, 2008

Gile Game..Are You?

Terbaca di Yahoo tentang seorang gamers yang sangat gilakan game Warcraft. Hanya dikenali dengan nama 'Prepared', dia menggunakan 11 komputer secara serentak untuk menggerakkan 36 watak berbeza dalam satu-satu masa. Menakjubkan tak? Kalau dia guna masa dan kemahirannya serta 11 komputer yang dimiliki untuk berdakwah melalui internet tentu ramai yang mendapat manfaat. Untuk anda - satu blog dan 500 komputer di Megalab ( tak termasuk laptop peribadi ) dah digunakan sepenuhnya untuk dakwah, atau belum?

Gambar sarang gamers bernama 'Prepared' ini..


Pilihanraya Kampus Fasa Kedua - MPP


Awas!! Loceng amaran tsunami telah dibunyikan!

Ranking Eksiden UMS..

Salam simpati,
Mengikut kira-kira ana, team yang paling banyak mengalami eksiden adalah seperti berikut;

1. Team budak-budak EKSAH
2. Team budak-budak medic
3. Team mat-mat rempit awam

Budak-budak EKSAH dan lain-lain, mari kita bermuhasabah;

Adakah kita paling banyak mengalami eksiden kerana paling sibuk dengan gerakerja dengan sering ke hulu hilir berprogram,

ATAU

Kita yang paling tidak berhati-hati membawa motor?

Adakah budak-budak EKSAH paling banyak mengalami eksiden kerana hendak diberi ruang oleh Allah sebagai kaffarah dosa?

Adakah kita akan dikira mati syahid jika eksiden kerana memandu dengan tidak cermat?

Mahukah kita mati di jalan raya tanpa berada dalam keadaan sedang dalam perjuangan membawa agama Allah?

Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Gambar terbaru eksiden budak EKSAH ( identiti mangsa dirahsiakan ) :





Monday, October 13, 2008

Suka Berprasangka..

Tak perlu penerangan kot. Baca dan hadam sudah memadai.

dipetik dari abunuha.wordpress.com

Ya Allah, berikanku kekuatan untuk memberi..

"Nadir, maafkan ana. Ana rasa lemah sangat. Maafkan segala amanah yang tak terlaksana.."
"Nuri, kau di mana? Mau minta tolong hantar baju pi dobi.."
"Abang, saya takut sangat nak bertanding.."
"Bila masa abang betul-betul free? Dah lama saya nak bincang sesuatu dengan abang. Kalau boleh sebelum abang letak jawatan.."

Semua memerlukan kasih,
Sedang aku di persimpangan,
Memerlukan kasih.

Semua mencari sayang,
Sedang aku di persimpangan,
Mencari-cari sayang.

Semua meraih kemaafan,
Sedang aku di persimpangan,
Meraih kemaafan.

Semua mendamba pertolongan,
Sedang aku di persimpangan,
Mendamba pertolongan.

Semua mengharap pengorbanan,
Sedang aku di persimpangan,
Mengharap pengorbanan.

Ya Allah,
Berikanku kekuatan,
Untuk terus mengasihi,menyayangi, memaafkan, menolong dan berkorban,
Kerana aku tidak bisa berhenti untuk memberi...

"Keghairahan dalam memberi menjadikan hidup lebih bernilai dan berhenti..." - someone i respect and care for
Maafkan kelemahanku, aku masih memerlukan tempat tuk berpaut..

Friday, October 10, 2008

Raya di Rantauan..Hari Pertama

Syawal pada tahun ini antara yang paling bermakna buat aku dan kawan-kawan yang beraya di rantauan. Pengalaman yang dilalui terlalu panjang untuk dititipkan satu demi satu, malah terlalu panjang untuk ditulis dalam satu kali duduk. Nescaya tatapilah dahulu gambar-gambar raya kami dengan penerangan yang ringkas dan akan ditambah dari masa ke semasa..

Tuaran; Makin Diteroka Makin Menguja


Perjalanan bermula agak lewat, seusai selesai semua urusan dan sambutan raya mahasiswa di kampus, sekitar jam 2.30pm. Enam motor dan perempit-perempit inilah teman setia sepanjang beraya di perantauan. Raya Pertama - Sasaran menghabiskan rumah-rumah di KK, Likas dan Tuaran. Destinasi pertama - Rumah Ustaz Nahar, Kampung Likas.






Sebelum bergerak ke Tuaran kami menyinggah ke rumah
Dr. Kassim, Dekan SPE yang kebetulan berada dalam laluan perjalanan kami - Kg. Rampayan.










Berehat sebentar di perhentian bas di simpang SMK Tebobon, menunggu dua orang lagi perempit, Abang Hasnur dan Abang Salman.








Rumah kedua - Rumah Abang Pai Bend, mantan EKSAH dua sesi yang lepas. Menu wajib di rumah Abang Pai ialah udang masak merah.








Rumah Ketiga - Rumah Arin, adik usrah Sekolah Teknik Likas. Rumah beliau di Kg. Laya-Laya, Tuaran. Rumah beliau agak jauh ke dalam, dan kami pasti tidak menemuinya kalau bukan kerana Abang Pai yang menjadi penunjuk jalan. Beliau amat menghargai kehadiran abang-abang 'mat rempit alim' ke rumah beliau dan berkali-kali menghantar mesej mengucapkan terima kasih. Hm. Seronok bila dapat menyeronokkan.




Rumah terakhir, raya pertama - Rumah Atuk Fansuri. Asalnya tak bercadang untuk menyinggah tetapi untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak kami menjejakkan juga kaki ke rumah ini. Esok? Raya di Ranau!

Doa Untuk Kau Aminkan..

Setiap kali pergi ke mana-mana program aku pasti jeles melihat anak-anak pejuang yang bakal menggantikan perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu mereka. Semuanya ceria dan comel, berkat dibesarkan dengan harta yang halal dan sederhana. Lalu hatiku tergerak untuk menitipkan doa ini, buat sahabat-sahabat mengaminkan...


InsyaAllah kan ku perkenalkan nanti seorang demi seorang anak-anak comel itu..

Syukran Pengirim2 Kad Raya Maya..

-sabrina-


-ira-


-mieg-


-nurfarhana-


-aderi-


-alchemy-


-GJO-

Wednesday, October 8, 2008

Memori Hidup Berjamaah..

ku pernah bertanya kepada sahabat-sahabat di dalam suatu program,

"Siapa yang boleh berkata yang kehidupannya akan lebih baik kalau dia tidak berada dalam Jamaah?"
"Siapa yang boleh berkata dia akan menemui sahabat-sahabat yang lebih baik daripada sahabat-sahabat dalam Jamaah?"
"Siapa yang boleh berkata dia akan menemui tempat yang lebih baik untuk bercerita dan berkongsi masalah daripada sahabat-sahabat yang berada dalam Jamaah?"
"Siapa yang boleh berkata sumbangannya kepada Islam akan lebih besar sekiranya dia berada di luar Jamaah?"

Semua soalanku tidak berjawab. Nyata mereka tidak memilih jalan yang salah, dan mereka meyakininya.


video

video

video

video

Monday, October 6, 2008

Perginya Seorang Mujahidah..

Ketika itu kami sedang beraya di Papar. Jam menunjukkan pukul 4.00pm. Rumah itu rumah pertama yang kami singgahi. Rumah keluarga angkat Mustaqim dari Kampung Himbaan, Bundu Tuhan. Tiba-tiba Hafiz bertanya samada aku mendapat mesej tentang Aisyah. Mesej berbunyi "Siti Aisyah Bakri sedang berada di dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Papar. Minta doakan beliau. Sebar." kami terus mengatur rancangan untuk menziarahi beliau. Tetapi tidak lama kemudian mesej beru masuk. Rupanya Aisyah telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Rancangan raya dibatalkan. Ahli rombongan seramai 10 orang bersetuju untuk bergegas ke Hospital QE untuk menziarahi Aisyah.

Ramai muslimat yang telah terlebih dahulu berkumpul di HQE. Kami yang agak ramai tidak menjenguk Aisyah dan hanya menunggu berita daripada jauh walaupun Kak Jannah berkali-kali memberitahu bahawa dibolehkan untuk kami menjenguk pesakit dengan izinnya. Bukan apa, kami bimbang kalau-kalau kami menimbulkan ketidakselesaan kepada Aisyah. Agak lama di situ, loceng menandakan masa melawat telah tamat berbunyi. Seorang pakcik berkopiah dan berjanggut panjang menghampiri kami. Rupanya beliau adalah abang sepupu kepada Aisyah. Namanya Haji Hasan dan umurnya dalam lingkungan 30an atau 40an. Beliau menceritakan apa yang berlaku. Berikut merupakan kronologi kemalangan yang menimpa Aisyah sebagaimana diceritakan Haji Hasan, dan seterusnya apa yang dilalui sendiri oleh penulis sehingga ke saat beliau diuruskan.

4 Oktober 2008

11.00 pagi
Konvoi seramai 6 buah kereta bertolak dari Tawau untuk pulang ke Kota Kinabalu setelah beraya di sana selama beberapa hari. Kenari yang dinaiki Aisyah merupakan kereta yang ketiga. Konvoi memilih untuk melalui jalan Keningau kerana mendapat maklumat yang jalan tersebut lebih cepat. Kereta yang dinaiki Aisyah dipandu oleh kakak saudara beliau, dengan beliau duduk di hadapan dan dua lagi ahli keluarga duduk di belakang. Kakak saudara Aisyah merupakan kakitangan JPP di UMS.

8.00 malam
Kereta yang dinaiki Aisyah terbabas di jalan Papar-Kinarut di selekoh tajam dan . Walaubagaimanapun, kereta tersebut terlanggar sebatang pokok dan tidak terjatuh ke dalam gaung. Kakak saudara Aisyah tidak sedarkan diri sementara 3 orang lagi masih dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

8.07 malam
Salah seorang ahli keluarga Aisyah yang duduk di belakang kebetulan sedang memegang telefon bimbit dan dalam keadaan cedera sempat menelefon ayahnya di Tawau memaklumkan tentang kemalangan tersebut sebelum talian terputus. Cubaan untuk menghubungi beliau semula tidak berjaya. Tidak jauh daripada tempat kejadian, 'brake disc' salah sebuah kereta yang lain di dalam konvoi tersebut terbakar dan konvoi berhenti di tepi jalan untuk membaiki kenderaan tersebut. Ketika ini ketiadaan kereta yang dinaiki Aisyah disedari. Haji Hasan cuba berpatah balik untuk mencari kereta mangsa tetapi kenderaan beliau pula tidak dapat dihidupkan.

11.00 malam
Bantuan polis dikerah untuk mencari kereta yang dinaiki Aisyah. Polis dua kali berulang-alik mencari di jalan yang baru dilalui konvoi tersebut tetapi tidak ada sebarang kesan atau bukti apa-apa telah berlaku ditemui. Ahli keluarga yang lain mengambil inisiatif memohon bantuan daripada orang alim di kampung tempat mereka berhenti dan akhirnya kereta tersebut ditemui. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Papar. Dua mangsa yang duduk di belakang cedera dengan agak parah, sementara Aisyah mengalami pembengkakan di muka. Kakak saudara beliau meninggal dunia.

5 Oktober 2008

3.00 pagi
Aisyah dikejarkan ke Hospital QE untuk menjalani scan. Keputusan scan mendapati beliau tidak mengalami apa-apa kecedaraan dalaman.

3.00 petang
Sahabat-sahabat yang baru mendapat berita tentang keadaan Aisyah mula berkumpul di Hospital QE. Ada yang telah sampai lebih awal lagi. Aisyah dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Berpuluh-puluh orang datang menziarahi Aisyah sehinggalah melewati waktu melawat.

6 Oktober 2008

4.46 pagi
Saya dikejutkan oleh Azizul. Beliau memaklumkan yang Aisyah baru sahaja meninggal dunia. Kami segera menunaikan solat dan bergegas ke hospital. Di hospital, jenazah telah dibungkus dengan kain putih tetapi belum diurus. Haji Hasan memaklumkan yang Aisyah mula sesak nafas sekitar jam 3.00 pagi dan mereka yang hanya dibenarkan untuk menunggu di luar dipanggil masuk oleh Atiqah yang menjaga Aisyah. Doktor telah cuba memulihkan pernafasan Aisyah tetapi tidak berhasil. 5 minit sebelum azan Subuh berkumandang, Aisyah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

9.00 pagi
Aisyah menjalani post-mortem dan keputusannya mendapati yang beliau meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat pembengkakan yang berlaku pada saluran pernafasan beliau.

11.30 pagi
Aisyah diurus dan disolatkan oleh puluhan ahli keluarga dan sahabat-sahabat di tempat menyembahyangkan mayat Hospital QE. Beliau kemudian dikejarkan ke Terminal 1 untuk menaiki penerbangan jam 1.15 tengahari untuk dihantar pulang ke Tawau untuk dikebumikan.

Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiiun.Al-Fatihah....

( Pohon dimaklunkan tentang sebarang kesilapan fakta pada posting ini untuk diperbetulkan segera. Terima kasih. )


Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan